• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile ULTRA Postpaid: Data sehingga 1000GB dengan akses percuma ULTRA5G Priority

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:21 pm
  • 09/04/2026
  • Komen
U Mobile ULTRA Postpaid: Data sehingga 1000GB dengan akses percuma ULTRA5G Priority
Share on FacebookShare on Twitter

Selain pelan prabayar, U Mobile turut mengemas kini penawaran pascabayar mereka dengan melancarkan pelan ULTRA Postpaid. Struktur untuk pelan tertinggi masih kekal tidak berubah, tetapi U Mobile kini menambah baik pelan ini dengan akses 5G Priority serta tambahan ciri keselamatan.

U Mobile turut mendedahkan rangkaian ULTRA5G U Mobile kini telah mencapai liputan 5G di kawasan berpenduduk sebanyak 82.9%, lebih awal daripada yang ditetapkan sebelum ini. Ia juga merupakan rangkaian 5G kedua di Malaysia yang bersaing dengan Digital Nasional Berhad (DNB).



Pelan ULTRA Postpaid baharu

Pelan asas pascabayar U Mobile kini digantikan dengan ULTRA Postpaid 45. Walaupun harga meningkat kepada RM45/bulan berbanding RM38/bulan pada U Postpaid 38 terdahulu dengan kuota internet 120GB, pelan baru ini menawarkan kuota lebih banyak 500GB bersama sokongan hotspot dan panggilan tanpa had.

Bagi pengguna yang memerlukan lebih data, ULTRA Postpaid 68 ditawarkan pada RM68/bulan dengan kuota internet 1000GB, hotspot dan panggilan tanpa had. Pelan ini turut disertakan kemudahan perayauan 15GB, serta panggilan masuk percuma dari luar negara di Singapura, Indonesia dan Thailand.



Sebagai perbandingan, pelan U Postpaid 68 sebelum ini hanya menawarkan kuota internet 500GB yang turut dikongsi untuk perayauan di tiga negara tersebut.

Sementara itu, pelan tertinggi kini dikenali sebagai ULTRA Global 98. Ia masih menawarkan data internet 1000GB, hotspot, panggilan tanpa had serta perayauan sebanyak 15GB, bersama panggilan masuk percuma di lebih 60 negara.

U Mobile turut memperkenalkan pelan ULTRA WatchShare, yang menyediakan sambungan internet untuk jam pintar. Untuk masa terhad, semua pelan ULTRA Postpaid akan menerima 6 bulan WatchShare secara percuma.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima 3 bulan ULTRA Security Pro secara percuma, iaitu add-on untuk perlindungan pada tahap rangkaian yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Dari segi sambungan, U Mobile turut menyertakan pas ULTRA5G Priority secara percuma untuk pelan baharu ini. Pelan ULTRA Postpaid 45 menerima 1 pas akses percuma, ULTRA Postpaid 68 dua kali dan ULTRA Global 98 sebanyak tiga kali.

Pelan keluarga ULTRA Family 128

Pelan keluarga Family 128 turut dijenamakan semula sebagai ULTRA Family 128. Ia masih menawarkan kuota internet 1000GB yang boleh dikongsi sehingga 4 talian, bersama hotspot, panggilan tanpa had dan perayauan sebanyak 15GB di lebih 60 negara.

Pelan ini turut disertakan 3 bulan ULTRA Security Pro percuma 12 pas ULTRA5G Priority (3 pas setiap talian).

Pas ULTRA5G Priority

Sekiranya anda tidak tahu apa itu ULTRA5G Priority, ia merupakan add-on “network slicing” 5G yang memberikan akses keutamaan kepada rangkaian 5G. Penggunaannya dilihat sesuai ketika anda memerlukan sambungan lebih pantas dan stabil, terutamanya di kawasan sesak atau waktu penggunaan tinggi.

Harga ULTRA5G Priority adalah RM5 untuk 3 jam dan RM2 untuk 1 jam. Namun, U Mobile turut menawarkan pas ini secara percuma bergantung kepada pelan yang dilanggan.

Perlu diingatkan, ciri ini hanya boleh digunakan pada peranti yang menyokong 5G SA, dan dalam liputan rangkaian ULTRA5G U Mobile. Ia boleh diaktifkan pada tab ULTRA5G Priority di dalam aplikasi MyUmobile.

ULTRA Security Pro

U Mobile juga akan memperkenalkan add-on ULTRA Security Pro bermula 14 April. Ia ditawarkan pada harga RM5/bulan, dan menyediakan perlindungan tambahan meliputi identiti pengguna, keselamatan peranti serta insurans.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk ULTRA Postpaid U Mobile.

Tags: pascabayar U Mobileu mobileU Mobile Ultra5GUltra5GULTRA5G PostpaidULTRA5G Priority
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

U Mobile ULTRA Postpaid: Data sehingga 1000GB dengan akses percuma ULTRA5G Priority

U Mobile ULTRA Postpaid: Data sehingga 1000GB dengan akses percuma ULTRA5G Priority

9 April 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN