• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:48 pm
  • 30/04/2026
  • Komen
TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026
Share on FacebookShare on Twitter

TNG Digital mengumumkan bahawa ciri Quick Payment dan Auto Reload menggunakan kad debit pada TNG eWallet akan dihentikan bermula 13 Mei 2026.

Perubahan ini memberi kesan kepada pengguna yang bergantung pada kad debit untuk tambah nilai automatik dan pembayaran pantas. Pengguna yang menggunakan kad kredit untuk Quick Payment dan Auto Reload tidak terjejas.



Menurut kenyataan rasmi, ciri tersebut telah diletakkan di bawah penyelenggaraan sebagai sebahagian daripada semakan berterusan terhadap prestasi dan kebolehpercayaan transaksi. Berikutan semakan itu, TNG Digital memutuskan untuk menghentikan sokongan Auto Reload dan Quick Payment bagi kad debit secara kekal “bagi memastikan pengalaman pembayaran yang lebih stabil.”

Ini bermakna jika anda menggunakan kad debit untuk auto-reload, anda perlu membuat tambah nilai secara manual mulai tarikh tersebut. Sebagai alternatif, anda boleh beralih kepada kad kredit untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam pembayaran eWallet.



Auto reload kad debit dihentikan selepas semakan prestasi transaksi

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh TNG Digital:

Quick Payment dan Auto Reload untuk kad debit telah diletakkan di bawah penyelenggaraan sebagai sebahagian daripada semakan berterusan terhadap prestasi dan kebolehpercayaan transaksi.

Berikutan semakan ini, kami telah membuat keputusan untuk menghentikan sokongan untuk ciri-ciri ini bagi kad debit mulai 13 Mei 2026, bagi memastikan pengalaman pembayaran yang lebih boleh dipercayai.

Pengguna masih boleh mengisi semula eWallet mereka menggunakan kaedah lain yang tersedia dalam aplikasi, termasuk DuitNow Transfer, reload manual menggunakan kad debit, kad kredit, dan PIN reload.

TNG eWallet kenakan caj untuk tambah nilai guna kad kredit

Perlu diambil perhatian, TNG eWallet mengenakan yuran kemudahan sebanyak 1% daripada jumlah tambah nilai untuk semua tambah nilai menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh bank Malaysia. Ini bermakna jika anda tambah nilai RM200 melalui kad kredit, anda akan dikenakan caj sebanyak RM202.

Bagi pengguna yang menggunakan kad kredit atau kad debit yang dikeluarkan oleh bank luar Malaysia pula, yuran kemudahan yang lebih tinggi akan dikenakan, sehingga 2.6% daripada jumlah tambah nilai.

Walau bagaimanapun, yuran kemudahan ini dikecualikan untuk jika anda tambah nilai melalui:

  • Kad debit dan kad prabayar yang dikeluarkan oleh bank Malaysia
  • PIN Reload
  • DuitNow Transfer

Bagi pengguna yang menggunakan TNG eWallet untuk bayaran tol melalui PayDirect dan TNG RFID, TNG juga memperkenalkan ciri SOS Balance yang membolehkan anda melalui plaza tol walaupun baki tidak mencukupi. Ciri ini diperkenalkan untuk memastikan perjalanan tidak terganggu ketika baki eWallet tidak mencukupi. Namun perlu diingat, baki SOS yang tertunggak perlu diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Tags: Auto Reloadkad debittngTNG Digitaltng ewallerttouch 'n go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

30 April 2026
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN