• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 17T & 17T Pro Malaysia: Telefoto Leica 5x, bateri 7,000mAh, dari RM2,399

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:27 pm
  • 28/05/2026
  • Komen
Xiaomi 17T & 17T Pro Malaysia: Telefoto Leica 5x, bateri 7,000mAh, dari RM2,399
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi kini rasmi melancarkan dua model baharu dalam siri T mereka di Malaysia, iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Menariknya, pelancaran kali ini berlaku lebih awal daripada kebiasaan, hanya beberapa bulan selepas siri Xiaomi 17 diperkenalkan pada awal Mac lalu.

Buat pertama kali dalam siri T, Xiaomi turut memperkenalkan dua pilihan saiz berbeza di antara model biasa dan Pro, di samping membawa kamera telefoto Leica 5x pada kedua-dua model.



Harga dan ketersediaan di Malaysia

Berikut adalah harga rasmi siri Xiaomi 17T di Malaysia:

Xiaomi 17T



  • 12GB + 256GB – RM2,399 (eksklusif online)
  • 12GB + 512GB – RM2,499

Xiaomi 17T Pro

  • 12GB + 256GB – RM2,899
  • 12GB + 512GB – RM3,199
  • 12GB + 1TB – RM3,499

Tempahan awal dibuka dari 28 Mei hingga 11 Jun 2026 melalui Shopee, Lazada dan Mi.com. Perlu diambil perhatian, varian online exclusive Xiaomi 17T 256GB tidak termasuk dalam promosi tempahan awal ini.

Pembeli awal akan menerima Redmi Pad 2 9.7 (4GB+64GB) bernilai RM569 secara percuma untuk kedua-dua model, tertakluk selagi stok masih ada. Selain tu, pembeli turut layak mendapat hadiah bernilai sehingga RM1,256 untuk Xiaomi 17T dan RM1,436 untuk Xiaomi 17T Pro, merangkumi:

  • Waranti lanjutan 1+1 tahun
  • Perlindungan skrin pecah selama 6 bulan
  • YouTube Premium 3 bulan
  • Spotify Premium 4 bulan
  • Google AI Pro 3 bulan

Spesifikasi Xiaomi 17T

Xiaomi 17T hadir dengan skrin kompak 6.59″ jenis AMOLED denggan resolusi 1.5K (2756×1268), kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,500 nits, serta sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Skrin ini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i.

Atas papan utama, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8500-Ultra (4nm), dipasangkan dengan RAM 12GB LPDDR5X dan storan sehingga 512GB UFS 4.1.

Untuk sistem kamera, Xiaomi 17T hadir dengan tiga kamera belakang ditala Leica:

  • Kamera utama 50MP dengan OIS
  • Kamera telefoto 50MP Leica 5x dengan OIS – sokongan zum AI Ultra sehingga 120x dan makro 30cm
  • Kamera ultralebar 12MP
  • Kamera depan 32MP

Dari segi video, ia menyokong rakaman 4K HDR10+ sehingga 60fps dan Log video 4K 60fps.

Baterinya pula berkapasiti 6,500mAh jenis silikon karbon dengan sokongan pengecasan HyperCharge 67W USB-Cdan pengecasan terbalik 22.5W. Lain-lain ciri termasuk IP68, WiFi 6E, Bluetooth 6.0, NFC, stereo speaker Dolby Atmos, serta dengan sokongan eSIM.

Spesifikasi Xiaomi 17T Pro

Untuk Xiaomi 17T Pro, ia hadir dengan skrin AMOLED lebih besar 6.83″ dengan resolusi 1.5K (2772×1280), serta kadar segar semula lebih tinggi iaitu 144Hz. Panel ini turut menyokong kecerahan puncak 3,500 nits dan boleh turun serendah 1 nit untuk keselesaan mata, selain menyokong HDR10+, Dolby Vision serta dilindungi Gorilla Glass 7i.

Cip yang digunakan pada model Pro juga lebih berkuasa, MediaTek Dimensity 9500 (3nm) dengan RAM LPDDR5X 12GB dan storan dalaman UFS 4.1.sehingga 1TB.

Sistem kamera adalah sama seperti 17T, tapi 17T Pro ditambah dengan sokongan rakaman video yang lebih canggih. Ini termasuk rakaman 8K pada 30fps, rakaman 4K pada 120fps, mod sinematik dengan bokeh 4K 60fps dan rakaman 4K HDR10+.

Untuk bateri, ini adalah bahagian yang paling ketara berbeza, dengan model Pro dilengkapkan dengan bateri silikon karbon berkapasiti 7,000mAh dengan sokongan pengecasan HyperCharge 100W USB-C dan pengecasan wayarles 50W.

Ciri lain pada Xiaomi 17T Pro termasuk IP68, WiFi 7, Bluetooth 6.0 dengan Dual Bluetooth, NFC, stereo speaker Dolby Atmos, serta sokongan eSIM.

Tags: Siri Xiaomi 17TxiaomiXiaomi 17TXiaomi 17T Proxiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Xiaomi 17T & 17T Pro Malaysia: Telefoto Leica 5x, bateri 7,000mAh, dari RM2,399

Xiaomi 17T & 17T Pro Malaysia: Telefoto Leica 5x, bateri 7,000mAh, dari RM2,399

28 May 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN