• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BNM perkenal portal Semak Kasih, mudahkan waris semak insurans & takaful belum dituntut

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:10 pm
  • 01/07/2026
  • Komen
BNM perkenal portal Semak Kasih, mudahkan waris semak insurans & takaful belum dituntut

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda ingin menyemak polisi insurans atau sijil takaful yang masih belum dituntut, Bank Negara Malaysia (BNM) kini telah memperkenalkan sebuah portal khas yang dinamakan “Semak Kasih”.

Portal ini dibangunkan untuk memudahkan waris menyemak kewujudan perlindungan insurans atau takaful yang mungkin ditinggalkan oleh ahli keluarga mereka yang sudah tiada. Ini kerana, mungkin masih ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar bahawa ahli keluarga yang telah pergi sebenarnya ada meninggalkan manfaat perlindungan untuk kebajikan keluarga mereka.



Menurut Timbalan Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid, perlindungan insurans dan takaful tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh membantu ahli keluarga ketika berdepan situasi sukar seperti menanggung kos rawatan perubatan, kemalangan atau kebakaran.

Anggaran 50,000 polisi insurans dan sijil takaful masih belum dituntut

Berdasarkan data daripada Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA), dianggarkan sebanyak 50,000 polisi insurans dan sijil takaful melibatkan manfaat kematian masih belum dituntut oleh waris sehingga kini.



Menurut Adnan, syarikat insurans dan pengendali takaful sebelum ini telah menjalankan pelbagai usaha untuk menghubungi waris, termasuk menghantar surat dan menggunakan khidmat ejen. Bagi mempercepat dan memudahkan lagi proses tersebut, portal Semak Kasih ini diperkenalkan sebagai platform sehenti digital untuk waris menyemak status perlindungan dengan lebih pantas.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa anda tidak boleh melihat butiran terperinci sijil, jumlah nilai perlindungan, mahupun maklumat penama di dalam portal ini. Semak Kasih juga tidak memproses wang tuntutan, sebaliknya ia hanya menyediakan pengesahan sama ada polisi tersebut wujud atau tidak, serta mengenal pasti syarikat insurans atau pengendali takaful terlibat untuk anda hubungi bagi tindakan lanjut.

Selain itu, portal ini buat masa sekarang hanya menyokong semakan bagi jenis takaful keluarga dan insurans hayat. Ia tidak merangkumi perlindungan kategori am seperti insurans perubatan atau kenderaan.

Cara menggunakan portal Semak Kasih

Untuk membuat semakan sama ada terdapat perlindungan insurans atau takaful yang ditinggalkan, anda boleh pergi ke laman web rasmi Semak Kasih. Portal ini boleh digunakan untuk warganegara berumur 18 tahun ke atas.

Sebelum memboleh membuat carian, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan memberikan maklumat seperti nama penuh, nombor MyKad, alamat e-mel dan nombor telefon.

Setelah itu, anda boleh log masuk dan untuk membuat carian, anda perlu sediakan maklumat seperti nombor ID (MyKad/lain-lain) si mati, nombor sijil kematian dan muat naik salinan sijil kematian.

Perlu untuk dinyatakan juga terdapat had harian semakan iaitu 3 kali sehari, dan had tersebut akan diperbaharui selepas 24 jam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Semak Kasih.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: bank negara malaysiabnmSemak Kasih
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BNM perkenal portal Semak Kasih, mudahkan waris semak insurans & takaful belum dituntut

BNM perkenal portal Semak Kasih, mudahkan waris semak insurans & takaful belum dituntut

1 July 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN