• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Google Pixel 11 dan Pixel Watch 5 diumum, ini harga jualan di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:34 pm
  • 12/08/2026
  • Komen
Siri Google Pixel 11 dan Pixel Watch 5 diumum, ini harga jualan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sejumlah teaser dikeluarkan, kini Google rasmi mengumumkan barisan telefon pintar terbaharu, siri Pixel 11. Selain itu, Google turut memperkenalkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak lokasi Pixel Tag.

Siri Pixel 11 ini terdiri daripada Pixel 11, Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold. Kesemua model ini dikuasakan cip Google Tensor G6 baharu yang menjanjikan peningkatan prestasi, kecekapan serta pengalaman Gemini yang paling canggih setakat ini.



Menariknya, Google turut meningkatkan storan asas untuk keseluruhan barisan Pixel 11 kepada 256GB, berbanding 128GB pada generasi sebelumnya.

Harga dan ketersediaan Pixel 11 di Malaysia

Berikut adalah harga permulaan bagi siri Google Pixel 11 di Malaysia:



  • Pixel 11 – Dari RM3,999 (256GB)
  • Pixel 11 Pro – Dari RM4,999 (256GB)
  • Pixel 11 Pro XL – Dari RM5,999 (256GB)
  • Pixel 11 Pro Fold – Dari RM7,999 (256GB)

Google mengekalkan harga permulaan yang sama seperti siri Pixel 10 tahun lalu. Namun, kali ini pengguna mendapat storan asas dua kali ganda, iaitu 256GB.

Kesemua model dibuka untuk tempahan di Malaysia bermula 12 Ogos 2026, sebelum ia akan mula dijual secara rasmi pada 20 Ogos 2026.

Pembelian boleh dibuat menerusi Urban Republic, Senheng, Thundermatch dan Shopee. Bagi pengguna yang mahu mendapatkannya secara kontrak, siri Pixel 11 turut ditawarkan melalui CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

Pixel Watch 5 bermula RM1,799

Selain telefon pintar, Google turut memperkenalkan Pixel Watch 5, iaitu jam pintar generasi baharu berasaskan Wear OS.

Pixel Watch 5 ditawarkan dalam dua saiz di Malaysia:

  • Pixel Watch 5 41mm – RM1,799
  • Pixel Watch 5 45mm – RM1,999

Tempahan awal untuk Pixel Watch 5 turut dibuka mulai 12 Ogos, dengan jualan rasmi bermula 20 Ogos 2026.

Ia boleh didapati secara dalam talian menerusi Urban Republic, Senheng, Thundermatch dan Shopee, selain melalui CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

Pixel Tag

Google turut membawakan satu lagi kejutan, dengan memperkenalkan Pixel Tag, Secara asasnya, ia merupakan jawapan Google kepada Apple AirTag, membolehkan anda menjejak barangan peribadi anda menerusi rangkaian Android Find Hub.

Buat masa ini, belum ada sebarang butiran harga untuk Pixel Tag di Malaysia, namun ia dijangka akan tiba ke pasaran tempatan sekitar November 2026.

Tags: androidGooglegoogle malaysiagoogle pixelGoogle Pixel 11Google Pixel 11 FoldGoogle Pixel 11 Pro XLMade by GooglePixel 11 ProPixel 11 Pro FoldPixel 11 Pro XLPixel Tag
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Siri Google Pixel 11 dan Pixel Watch 5 diumum, ini harga jualan di Malaysia

Siri Google Pixel 11 dan Pixel Watch 5 diumum, ini harga jualan di Malaysia

12 August 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN