• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer CA1 FreeMove Malaysia: Monitor pintar beroda dikuasakan Android, harga dari RM2,699

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:24 pm
  • 19/08/2026
  • Komen
Acer CA1 FreeMove Malaysia: Monitor pintar beroda dikuasakan Android, harga dari RM2,699
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia baru sahaja memperluaskan barisan monitor mereka dengan kehadiran siri monitor pintar ultra-mudah alih, Acer CA1 FreeMove Smart Monitor. Berbeza dengan monitor Acer sedia ada, siri smart monitor baharu ini hadir dengan kaki beroda yang membolehkan pengguna mengalihkannya dari satu ruang ke ruang lain tanpa perlu mengangkat monitor.

Siri Acer CA1 terdiri daripada dua model, iaitu CA271 berukuran 27″ dan CA321QK berukuran 31.5″. Kedua-duanya turut mempunyai bateri terbina, skrin sentuh, Wi-Fi, sokongan wireless screen mirroring serta dikuasakan platform Android.



Harga dan ketersediaan Acer CA1

Model Acer CA321QK ditawarkan pada harga RM3,499, dan kini sedia dibeli serta-merta menerusi peruncit sah Acer serta Acer eStore. Manakala Acer CA271 pula ditawarkan pada harga RM2,699, dan kini dibuka untuk tempahan awal bermula hari ini, 19 Ogos sehingga 30 September 2026.

Sempena pelancaran ini, sesiapa yang membeli monitor pintar Acer CA1 sebelum 30 September 2026 akan menerima monitor mudah alih Acer secara percuma. Pembelian Acer CA321QK akan disertakan dengan Acer PM191QE bernilai RM469, manakala tempahan awal Acer CA271 pula akan disertakan Acer PM161QJ2 bernilai RM299, selagi stok masih ada.



Spesifikasi Acer A1

Salah satu ciri paling menarik pada siri CA1 ini ialah ErgoStand beroda, yang membolehkan pengguna menggerakkan monitor dengan mudah di sekitar rumah. Sebagai contoh, anda boleh gunakan monitor ini sebagai skrin kedua untuk bekerja di meja makan, kemudian tolaknya ke dapur untuk melihat resipi masakan, atau bawanya ke bilik tidur untuk menonton siri kegemaran sambil berbaring.

Monitor ini juga boleh digunakan dalam dua orientasi, sama ada mendatar atau dipusing 90 darjah untuk paparan menegak, selain ketinggiannya yang boleh dilaraskan. Ia turut dilengkapi bateri terbina yang menawarkan sehingga 3 jam penggunaan, sekali gus membolehkan monitor digunakan di ruang berbeza tanpa perlu sentiasa disambungkan kepada sumber kuasa.

Seperti yang dikatakan tadi, siri CA1 ini tersedia dalam dua pilihan saiz, 27″ dan 31.5″. Kedua-duanya menggunakan panel VA dengan sudut pandangan luas, dengan resolusi 4K UHD, cakupan warna DCI-P3 sehingga 85% dan kecerahan puncak sehingga 260 nits, bergantung pada model. Paparan juga menyokong sentuhan sehingga 10 titik.

Yang menariknya, kedua-dua monitor ini menjalankan sistem operasi Android, dan pengguna boleh mengakses platform hiburan seperti Netflix dan YouTube terus daripada monitor. Dengan Wi-Fi terbina, pengguna juga boleh terus menstrim kandungan dari monitor sendiri, tanpa perlu peranti lain. Sokongan wireless screen mirroring pula membolehkan skrin telefon atau laptop dipaparkan pada monitor tanpa kabel.

Monitor ini turut menyokong Bluetooth, jadi pengguna boleh menyambungkan aksesori seperti papan kekunci, tetikus atau pembesar suara secara wayarles. Port yang boleh anda temukan pada monitor ini termasuk satu HDMI 2.0, satu USB-C dan satu USB-A. Memandangkan ia boleh disambungkan ke rangkaian Wi-Fi rumah, Acer juga dakwa monitor ini boleh menjadi sebahagian daripada ekosistem rumah pintar (IoT) sedia ada anda.

Untuk kegunaan panggilan video, siri CA1 dilengkapi kamera 8MP terbina, yang boleh digunakan untuk berhubung dengan rakan dan keluarga, selain merakam momen di rumah. Bagi yang mementingkan privasi, kamera tersebut turut mempunyai penutup fizikal jenis gelangsar (sliding), memudahkan anda melindungi privasi sendiri apabila kamera tidak digunakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Acer CA1.

Tags: AcerAcer CA1Acer CA271Acer CA321QKAcer Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer CA1 FreeMove Malaysia: Monitor pintar beroda dikuasakan Android, harga dari RM2,699

Acer CA1 FreeMove Malaysia: Monitor pintar beroda dikuasakan Android, harga dari RM2,699

19 August 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN