Syarikat pemeriksaan kenderaan berlesen pertama Malaysia, Puspakom telah melancarkan GiCheck Early Access Reservation (GEAR) pada bulan lalu dan memperluaskan pusat pemeriksaan di seluruh negara.
Menerusi GEAR, Puspakom telah mencatat kadar tempahan sebanyak 98.8 peratus dengan purata pemeriksaan setiap kenderaan adalah 33 minit sahaja. Dengan kadar operasi yang stabil sepanjang tempoh perlaksanaan, ia mencerminkan kepercayaan pelanggan serta maklum balas positif terhadap flesibiliti dalam mendapatkan slot pemeriksaan kenderaan dengan lebih awal.
Bakal beroperasi 24 jam
Dengan pelancaran GiCheck Early Access Reservation (GEAR), kini syarikat pemeriksaan gergasi Malaysia bakal memanjangkan tempoh operasi di kesemua pusat pemeriksaannya. Menerusi laporan dari Bernama, syarikat pemeriksaan gergasi Malaysia ini bakal menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang beroperasi selama 24 jam seminggu menjelang Januari 2027.
Hal ini dikongsikan oleh Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman, menurut beliau inisiatif perkhidmatan yang bakal dilaksanakan menjelang awal tahun hadapan nanti mengambil kira faktor hasil sambutan orang ramai terhadap operasi tujuh hari yang akan dijalankan pada bulan Nomber nanti.
Puspakom perkenal pembaharuan baru
Tambahan lagi, dengan waktu operasi yang lebih panjang Puspakom juga menitik beratkan ketersediaan tenaga kerja dan kapasiti operasi perkhidmatan. Selain itu, Puspakom turut memperkenalkan beberapa inisiatif baharu seperti:
Anugerah Puspakom Towering Malaysian: Program pengiktirafan wira komuniti untuk menghargai individu yang memberi sumbangan positif kepada masyarakat atau alam sekitar. Inisiatif ini dibangunkan bersama rakan strategik dan agensi media.
Peluasan Pemeriksaan di Lokasi (On-site Inspection): Penambahbaikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan secara terus di lokasi pelanggan untuk memudahkan urusan pemilik kenderaan.
Program Kesedaran Interaktif: Penganjuran acara seperti GiCheck Auto Weekend 2026 bagi menyampaikan mesej keselamatan jalan raya secara praktikal kepada orang ramai.
Dengan Meningkatkan kecekapan operasi Puspakom secara menyeluruh, ia dapat merapatkan hubungan antara agensi dengan masyarakat setempat.
Sumber: Bernama






