• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 18 Fold rasmi di China, bakal saingi Galaxy Z Fold 8 dan iPhone lipat pertama Apple

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:35 pm
  • 08/09/2026
  • Komen
Xiaomi 18 Fold rasmi di China, bakal saingi Galaxy Z Fold 8 dan iPhone lipat pertama Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran peranti boleh lipat nampaknya semakin hangat apabila Xiaomi melancarkan peranti lipat flagship terbaharu mereka di China, iaitu Xiaomi 18 Fold. Pelancaran ini meletakkan Xiaomi 18 Fold sebagai pesaing terus kepada Samsung Galaxy Z Fold 8, di samping iPhone lipat pertama Apple yang bakal diperkenal tidak lama lagi.

Seperti yang telah ditunjukkan menerusi beberapa teaser minggu lepas, Xiaomi 18 Fold membawa bentuk seakan saiz pasport, lengkap dengan tetapan kamera berjenama Leica.



Spesifikasi dan ciri Xiaomi 18 Fold

Di bahagian luar, Xiaomi 18 Fold dibekalkan dengan skrin 5.38 inci AMOLED (120Hz) yang menggunakan rekaan bucu bulat untuk pemegangan yang lebih selesa. Skrin luar ini menawarkan resolusi 1712×1168 piksel dan dilindungi oleh kaca Xiaomi Longjing Glass 3.0.

Apabila dibuka, pengguna akan disambut dengan skrin fleksibel AMOLED 7.58 inci di bahagian dalam yang menyokong resolusi 2364×1672 piksel berserta kadar segar semula 120Hz. Kedua-dua skrin ini menyokong liputan warna P3 dan mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 4,000 nits.



Untuk mekanisme lipatnya, Xiaomi memperkenalkan engsel generasi baharu yang dipanggil “dragon bone hinge”, menggunakan struktur penyambung tiga peringkat.

Skrin dalaman pula disalut dengan dwi-lapisan Ultra-Thin Glass (UTG). Menurut Xiaomi, lapisan UTG luar setebal 50 mikron didakwa mempunyai kebolehpercayaan 178% lebih tinggi, manakala lapisan UTG dalam 30 mikron pula didakwa meningkatkan ketahanan terhadap hentakan sebanyak 29%.

Dari segi dimensi dan berat, Xiaomi 18 Fold sedikit lebih tebal berbanding Galaxy Z Fold 8. Telefon ini seberat 219g, dengan ketebalan 5.02mm apabila dibuka dan 10.68mm apabila dilipat. Xiaomi 18 Fold ditawarkan dalam beberapa pilihan warna termasuk merah, hitam dan putih, disertakan juga versi seramik ultra-ringan edisi khas.

Menggerakkan Xiaomi 18 Fold ialah cip flagship XRING O3 buatan Xiaomi sendiri. Menurut Xiaomi, cip ini membawa CPU 10 teras, GPU 16 teras serta NPU yang menggunakan seni bina model besar Xiaomi. Menariknya, Xiaomi 18 Fold turut menjadi antara peranti pertama yang menyokong memori LPDDR6 namun ciri ini hanya ditawarkan pada varian tertinggi 1TB sahaja.

Varian lain dengan storan 256GB hingga 512GB pula menggunakan RAM LPDDR5X. Bagi storan, semua varian Xiaomi 18 Fold menggunakan UFS 4.1.

Untuk fotografi, Xiaomi 18 Fold membawa sistem tiga kamera Leica yang terdiri daripada:

  • Kamera utama Leica 200MP dengan sensor 1/1.56″ dan apertur f/1.7
  • Kamera ultralebar 50MP f/2.4
  • Kamera telefoto periskop 50MP dengan zum optikal 3.5x dan OIS, menawarkan zum bertaraf kualiti optikal sehingga 7x

Dari segi rakaman video, telefon ini mampu merakam video 4K sehingga 60fps dan 8K pada 24fps. Di bahagian hadapan pula, terdapat kamera selfie 16MP f/2.2 dengan sudut lebar 90 darjah.

Bagi menampung penggunaan harian, ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang menggunakan gabungan elemen silikon 20%. Ia turut menyokong pengecasan pantas 67W secara berwayar dan 50W secara tanpa wayar. Peranti ini menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 4 secara terbina.

Harga dan Ketersediaan Xiaomi 18 Fold

Xiaomi 18 Fold akan mula dijual di China bermula 10 September ini, jam 10 pagi waktu tempatan, dengan harga rasmi seperti berikut:

  • 12GB + 256GB – CNY10,999 (~RM6,628)
  • 12GB + 512GB – CNY11,999 (~RM7,230)
  • 16GB + 512GB – CNY12,999 (~RM7,833)
  • 16GB + 1TB (LPDDR6) – CNY14,999 (~RM9,038)
  • 16GB + 1TB (LPDDR6) Edisi Khas Seramik – CNY15,999 (~RM9,640)

Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman mengenai ketersediaan Xiaomi 18 Fold di luar China, termasuk untuk pasaran Malaysia.

Tags: xiaomiXiaomi 18 Fold
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Xiaomi 18 Fold rasmi di China, bakal saingi Galaxy Z Fold 8 dan iPhone lipat pertama Apple

Xiaomi 18 Fold rasmi di China, bakal saingi Galaxy Z Fold 8 dan iPhone lipat pertama Apple

8 September 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN