• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga ROG Xbox Ally X20 Bundle diumum pada RM10,999, hanya 30 unit di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:36 pm
  • 02/10/2026
  • Komen
ROG Xbox Ally X20 bakal tiba di Malaysia dengan skrin OLED 7.4″ dan Ryzen AI Z2 Extreme
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan lepas, ASUS memperkenalkan ROG XBOX Ally X20, konsol gaming mudah alih terbaharu mereka dengan skrin OLED 7.4″ dan pemproses AMD Ryzen AI Z2 Extreme. Selepas sebulan, ASUS kini mengumumkan harga jualan rasmi tempatan untuk versi bundle ROG XBOX Ally X20, bersama tawaran tempahan awal.

Walau bagaimanapun, harga yang diumumkan buat masa ini hanya melibatkan ROG XBOX Ally X20 Bundle. Harga standalone untuk ROG XBOX Ally X20 sahaja masih belum diumumkan.



Harga dan ketersediaan ROG Xbox Ally X20 bundle di Malaysia

Di Malaysia, ROG XBOX Ally X20 Bundle dijual pada harga RM10,999. Namun, ia ditawarkan dalam jumlah yang sangat terhad, dengan hanya 30 unit disediakan di seluruh Malaysia.

Tempahan awal akan dibuka dalam talian pada 2 Oktober 2026, jam 8 malam, dan berlangsung sehingga 15 Oktober 2026.



Pembeli yang membuat tempahan awal dalam tempoh tersebut akan menerima ROG Ally Limited Edition Loot Box. Mereka turut boleh menikmati diskaun 20% melalui program PWP untuk barangan gaming ROG terpilih.

Bagi yang hanya mahukan konsol ROG XBOX Ally X20 tanpa bundle, ASUS memaklumkan bahawa harga versi standalone akan diumumkan pada tarikh kemudian.

Apa anda dapat dengan ROG XBOX Ally X20 Bundle?

Selain konsol ROG XBOX Ally X20, bundle ini turut merangkumi ROG XREAL R1 Edition 20 Gaming AR Glasses, sarung dbrand Killswitch khas, Custom Pelican Protector Case dan pengecas 68W.

Sarung dbrand Killswitch ini hadir dengan kemasan hitam dan emas sempena ulang tahun ke-20 ROG. Ia turut dilengkapi kickstand, grip yang lebih kukuh serta skin khas dengan corak papan litar yang diinspirasikan daripada komponen dalaman ROG XBOX Ally X20. Turut disertakan penutup joystick dengan logo ROG.

Sementara itu, Custom Pelican Protector Case direka untuk melindungi konsol dan aksesori ketika dibawa keluar, menampilkan klip pengunci berwarna merah, selain lencana khas ulang tahun ke-20 ROG.

Spesifikasi ROG Xbox Ally X20

ROG XBOX Ally X20 sendiri hadir dengan reka bentuk bertemakan ulang tahun ke-20 ROG, menggunakan casis lut sinar berwarna hitam dengan struktur dalaman berwarna emas.

Berkenaan spesifikasi, ROG Xbox Ally X20 mengekalkan beberapa spesifikasi serupa dengan ROG Xbox Ally X. Ia dikuasakan pemproses AMD Ryzen AI Z2 Extreme, dipadankan dengan RAM LPDDR5X-8000 24GB, serta storan SSD M.2 2280 1TB.

Perubahan paling ketara terletak pada skrinnya, yang kini menampilkan panel OLED Nebula HDR 7.4 inci, dengan resolusi 1080p dan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini turut menyokong VRR pada 30Hz hingga 120Hz, FreeSync Premium Pro, serta pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400, dengan kecerahan puncak sehingga 1,400 nits.

Dari segi kawalan, handheld ini menggunakan TMR joystick baharu, direka khusus untuk mengelakkan masalah stick drift. Ia turut mempunyai reka bentuk ergonomik berinspirasikan Xbox, grip bergetah, trigger yang dipertingkatkan, dan butang D-pad baharu.

ROG Xbox Ally X20 turut membawa bateri berkapasiti 80Wh, dalam badan seberat sekitar 756 gram. Untuk sambungan, ia mempunyai dua port USB-C termasuk sokongan USB4 dan Thunderbolt 4 selain pembaca MicroSD Express, serta jek fon kepala 3.5mm. Ia menjalankan Windows 11 dan turut membawa integrasi Xbox, termasuk antara muka Xbox yang direka untuk kawalan menggunakan gamepad.

ROG XReal R1 Edition 20

Buat gamer yang mahukan pengalaman skrin besar, konsol ROG Xbox Ally X20 ini boleh digabungkan dengan ROG XReal R1 Edition 20 Gaming AR Glasses.

Cermin mata AR ini mampu menghasilkan paparan maya sehingga 171 inci pada jarak empat meter, dengan medan pandangan 57°. Dengan berat hanya 91g, ia menampilkan dua panel Sony Micro-OLED 0.55 inci, menghasilkan resolusi Full HD 1080p untuk setiap mata, masa respons ultra-pantas 0.01ms, kecerahan puncak sehingga 700 nits, serta liputan gamut warna sRGB 106%.

Untuk permainan yang lebih lancar, ia menyokong kadar segar semula 120Hz, yang boleh ditingkatkan sehingga 240Hz menerusi mod Frame Rate Boost. Ia turut menyokong penjejakan spatial Native 3DoF dan Anchor Mode untuk mengekalkan kedudukan skrin maya dalam ruang. Antara ciri lain termasuk Electrochromic Dimming tiga tahap dengan auto-transparency, penukaran Instant 3D secara masa nyata serta sistem audio yang ditala oleh Bose.

Cermin mata ini juga boleh disambungkan terus kepada ROG Xbox Ally X20 menggunakan satu kabel USB-C, menjadikannya lebih mudah untuk digunakan tanpa memerlukan persediaan yang rumit.

Untuk spesifikasi penuh dan kemas kini tempatan, anda boleh layari laman produk rasmi ROG Malaysia.

Tags: asusasus malaysiaAsus ROG Xbox Ally X20ROG Xbox Ally X20
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ROG Xbox Ally X20 bakal tiba di Malaysia dengan skrin OLED 7.4″ dan Ryzen AI Z2 Extreme

Harga ROG Xbox Ally X20 Bundle diumum pada RM10,999, hanya 30 unit di Malaysia

2 October 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN