• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Coros lancar Pace 4 Pro di Malaysia, jam sukan premium RM1,999 dengan bateri GPS 60 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:20 pm
  • 21/10/2026
  • Komen
Coros lancar Pace 4 Pro di Malaysia, jam sukan premium RM1,999 dengan bateri GPS 60 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pengumuman di peringkat global tempoh hari, Coros rasmi melancarkan jam tangan kecergasan terbaharu, Coros Pace 4 Pro di pasaran Malaysia. Model ini diposisikan sebagai varian yang lebih premium berbanding Pace 4 yang diumumkan tahun lalu, khusus buat atlet dan peminat sukan yang inginkan fungsi pemetaan lengkap serta skrin yang lebih besar tanpa mengorbankan profil jam yang ringan.

Peningkatan utama pada model Pro ini merangkumi penggunaan paparan skrin AMOLED yang lebih luas, binaan badan yang lebih tahan lasak menggunakan bahan premium, serta kapasiti pemprosesan yang lebih pantas untuk navigasi peta luar talian.



Harga dan ketersediaan Coros Pace 4 Pro di Malaysia

Jam Coros Pace 4 Pro mula dijual di Malaysia bermula hari ini, 21 Oktober 2026. Ia ditawarkan dalam dua warna, iaitu hitam dan putih pada harga RM1,999.

Sebagai model lebih premium, harganya RM900 lebih tinggi berbanding Pace 4 tahun lalu.



Kalau berminat, anda boleh beli jam tangan terbaru Coros ini di stor rasmi Croso di Shopee dan TikTok Shop, kedai fizikal Pangu Running Stores, serta pengedar sah Coros terpilih di seluruh negara.

Spesifikasi Coros Pace 4 Pro

Pace 4 Pro menampilkan skrin sentuh LTPO AMOLED berukuran 1.47 inci dengan resolusi 466×466 piksel dan kecerahan puncak sehingga 3,500 nit, menjadikannya skrin terbesar pernah digunakan dalam sejarah siri Coros. Saiz skrin ini adalah 22.5% lebih luas berbanding Pace 4 biasa, membolehkannya memaparkan sehingga 13 data senaman secara serentak dalam satu paparan menurut Coros.

Bagi memastikan ia kekal tahan lasak daripada hentakan dan calar semasa latihan ekstrem, paparan skrin dilapisi kaca Sapphire manakala bingkainya menggunakan bezel Titanium gred 5. Meskipun menggunakan bahan premium yang kukuh, keseluruhan jam tangan ini kekal nipis dengan ketebalan 11.8mm dan berat hanya 43 gram apabila dipadankan bersama tali Nylon.

Untuk mengawal jam, terdapat tiga butang pada badan jam iaitu butang putar dan butang kembali di sebelah kanan, serta butang “Action” di sebelah kiri. Jam ini turut dilengkapi GPS dwifrekuensi untuk penjejakan lokasi yang lebih tepat.

Dari segi ketahanan bateri, Pace 4 Pro menawarkan sehingga 60 jam penjejakan GPS berterusan atau 45 jam jika mod Always On Display diaktifkan. Bagi penggunaan harian biasa, baterinya mampu bertahan sehingga 21 hari dengan sekali pengecasan penuh. Peningkatan bateri ini adalah hampir 50% lebih lama berbanding model Pace 4 standard.

Selain itu, Coros turut mengatakan jam ini dilengkapi dengan kapasiti RAM dua kali ganda lebih besar berbanding Pace 4, walaupun kapasiti sebenar tidak dinyatakan. Ini membolehkan pemprosesan peta luar talian (offline maps) berfungsi dengan lebih pantas dan responsif apabila pengguna melihat laluan denai atau nama jalan. Ia turut memiliki storan terbina sebanyak 32GB dan diiktiraf kalis air 5 ATM.

Buat julung kalinya, Coros menyertakan mikrofon dan pembesar suara terbina dalam pada model ini untuk fungsi Nota Suara (Voice Pins). Ciri ini membolehkan atlet merakamkan maklum balas suara semasa atau selepas latihan, di mana audio tersebut akan disegerakkan secara automatik mengikut koordinat GPS di dalam aplikasi Coros.

Bagi aspek pemantauan kesihatan, PACE 4 Pro dilengkapi sensor pemantauan kadar denyutan jantung, paras oksigen darah (SpO2), altitud, suhu, serta sensor ECG yang turut menyokong ujian HRV (Heart Rate Variability) menerusi ciri Health Check. Ia juga menyokong penjejakan peringkat tidur, tahap tekanan harian, serta integrasi pantas ke platform sukan pihak ketiga seperti Strava, Nike Run Club, dan TrainingPeaks.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Coros Pace 4 Pro.

Tags: CorosCoros MalaysiaCoros Pace 4 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Coros lancar Pace 4 Pro di Malaysia, jam sukan premium RM1,999 dengan bateri GPS 60 jam

Coros lancar Pace 4 Pro di Malaysia, jam sukan premium RM1,999 dengan bateri GPS 60 jam

21 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN