• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fungsi navigasi TuJu dijangka pulih selewat-lewatnya 6 November 2026

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:42 pm
  • 26/10/2026
  • Komen
Fungsi navigasi TuJu dijangka pulih selewat-lewatnya 6 November 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Prosignal Consortium, pembangun aplikasi navigasi tempatan TuJu, mengumumkan fungsi navigasi aplikasi itu dijangka pulih selewat-lewatnya pada 6 November 2026.

Sebelum ini, TuJu menghentikan sementara beberapa fungsi navigasi utamanya bagi membolehkan kerja penambahbaikan sistem dilakukan beberapa hari lalu. Ia berlaku selepas kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan TuJu sebagai ganti kepada Waze, atas kebimbangan terhadap keselamatan dan kedaulatan data. Pada ketika itu, tiada tarikh diberikan untuk fungsi tersebut kembali beroperasi seperti biasa.



Kerja penambahbaikan sedang dijalankan

View this post on Instagram

Menurut kenyataan terbaru Prosignal, pasukan teknikalnya sedang menjalankan kerja pemulihan dan penambahbaikan yang disasarkan siap selewat-lewatnya pada 6 November 2026. Keutamaan syarikat adalah untuk memastikan fungsi navigasi kembali beroperasi dengan stabil dan lancar, serta memenuhi keperluan pengguna.

Dalam kenyataan yang sama, TuJu memohon maaf kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan fungsi navigasi sejak beberapa hari lalu. Syarikat berkata ia mengambil serius kesulitan yang dialami pengguna dan menghargai pandangan serta teguran yang diterima.



Prosignal menambah bahawa setiap laporan dan maklum balas membantu pihaknya mengenal pasti masalah dan melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan. Syarikat juga mengatakan akan terus berusaha memenuhi harapan pengguna, supaya TuJu menjadi antara aplikasi navigasi terbaik yang mengutamakan keselamatan data rakyat Malaysia.

Walaupun fungsi utama navigasi masih terganggu, beberapa ciri lain dalam aplikasi TuJu masih boleh digunakan seperti biasa. Ini termasuklah semakan paparan kamera litar tertutup (CCTV) lebuh raya, semakan kadar tol, serta carian lokasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Pengalaman mengguna kurang memuaskan

Penggantungan fungsi navigasi TuJu tidaklah mengejutkan, memandangkan aplikasi ini menerima pelbagai kritikan daripada pengguna berikutan masalah yang menjejaskan pengalaman pemanduan sebenar.

Berdasarkan percubaan kami, arahan navigasi belokan demi belokan (turn by turn) tidak konsisten. Aplikasi ini kerap mengulang arahan umum seperti “keep straight”, termasuk ketika kami perlu mengambil susur keluar lebuh raya. Tiada panduan lorong, dan dalam beberapa kes, laluan hanya dipaparkan sebagai garis lurus yang merentasi peta. Terdapat juga situasi apabila kod HTML dipaparkan pada skrin.

Selain itu, TuJu tiada data trafik secara langsung dan amaran had laju, serta tidak menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Aplikasi ini juga mengganggu main balik audio selepas aplikasi mengeluarkan arahan navigasi. Perkara ini boleh menjadi gangguan tambahan kepada pemandu, terutamanya ketika melalui laluan lebuh raya yang rumit di Lembah Klang.

Kami berharap kerja penambahbaikan ini dapat menangani kelemahan tersebut. Jika anda sudah mencuba TuJu, bagaimana pengalaman anda? Kongsikan di ruang komen di bawah.

[Sumber: Prosignal Consortium]

Tags: Lembaga Lebuhraya MalaysiallmnavigasiProsignal Consortiumtuju
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Fungsi navigasi TuJu dijangka pulih selewat-lewatnya 6 November 2026

Fungsi navigasi TuJu dijangka pulih selewat-lewatnya 6 November 2026

26 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN