• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF Speaker S dan Speaker M kini boleh ditempah di Malaysia, jualan bermula 3 November

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:36 pm
  • 28/10/2026
  • Komen
CMF lancar Speaker S dan M, speaker pertama jenama ini dengan bateri sehingga 18 Jam
Share on FacebookShare on Twitter

CMF, jenama di bawah Nothing, membuka tempahan awal untuk dua speaker mudah alih pertamanya di Malaysia, iaitu CMF Speaker S dan CMF Speaker M. Kedatangannya tidak lama selepas kedua-dua speaker ini diumumkan di peringkat global pada awal Oktober.

Kedua-duanya menggunakan reka bentuk unik yang menyerupai kotak susu, dengan panel boleh tukar, sambungan Bluetooth 6.0 dan perlindungan IP68. Harganya bermula RM259.



Harga Speaker S dan Speaker M di Malaysia

Kedua-dua Speaker S dan Speaker M ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu putih, kelabu, oren dan biru. Berikut merupakan senarai harga rasmi:

  • CMF Speaker S – RM259
  • CMF Speaker M – RM459

Tempahan awal kini dibuka di Malaysia, dengan penghantaran mengambil masa 14 hari bekerja. Jualan rasmi pula bermula pada 3 November 2026.



Anda boleh membuat tempahan awal secara dalam talian di laman web rasmi nothing.tech, Lazada dan Shopee. Untuk pembelian secara fizikal, speaker ini tersedia di Nothing Image Store, TMT, Urban Republic dan semua pengedar sah Nothing di Malaysia.

Spesifikasi Speaker S

CMF Speaker S direka sebagai speaker mudah alih yang senang dibawa ke mana-mana. Reka bentuknya diinspirasikan daripada kotak susu, dengan titik cangkuk khas supaya ia boleh dipasang pada tali atau beg. Panel hadapan dan tombolnya juga boleh ditukar, dan ia berukuran 130.5mm tinggi, 85mm lebar dan 44mm tebal, dengan berat sekitar 334g.

Speaker S menggunakan pemandu julat penuh 45mm yang ditala khas, bersama dua radiator pasif. Outputnya sehingga 10W RMS dengan julat frekuensi 70Hz hingga 20kHz.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan beberapa mod untuk pengalaman mendengar untuk kegunaan individu atau ketika mendengar muzik bersama rakan.

  • Stereo Mode: Membolehkan dua unit model yang sama digabungkan bagi menghasilkan saluran audio kiri dan kanan.
  • Party Mode (Auracast): Membolehkan sambungan serentak ke beberapa pembesar suara lain yang menyokong teknologi Auracast, termasuk model serasi daripada jenama lain.
  • Aplikasi Nothing X: Pengguna boleh mengubah tetapan bunyi dengan ciri Ultra Bass, Wide Soundstage, dan penalaan Custom EQ.

Siri ini menggunakan Bluetooth 6.0, serta menyokong NFC tap-to-pair, Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair. Ia juga boleh disambung ke dua peranti serentak, menyokong audio berwayar USB-C dengan latensi rendah dan kalis air IP68.

CMF Speaker S dilengkapi bateri berkapasiti 2,600mAh yang didakwa mampu bertahan sehingga 18 jam pada kelantangan 50% dengan Ultra Bass diaktifkan. Pengecasan pantas melalui USB-C selama 10 minit memberi sehingga 1 jam masa main balik, manakala cas penuh mengambil masa 2.5 jam.

Spesifikasi Speaker M

Untuk Speaker M, ia mengekalkan ciri audio yang sama seperti Speaker S, termasuk Stereo Mode, Party Mode (Auracast) dan kawalan melalui aplikasi Nothing X. Ia juga menggunakan Bluetooth 6.0 dan mempunyai penarafan IP68.

Perbezaannya terletak pada sistem audio. Speaker M menggunakan sistem dwipemandu 35W yang terdiri daripada woofer 25W dan tweeter 10W, dengan julat frekuensi 60Hz hingga 20kHz. Menurut CMF, konfigurasi ini menghasilkan bass yang lebih mendalam, nada tinggi yang lebih jelas serta pemisahan vokal dan instrumen yang lebih baik.

Speaker M juga lebih besar, iaitu 220mm tinggi, 85mm lebar dan 54mm tebal, dengan berat 602g. Ia dilengkapi pemegang terbina dalam di bahagian atas supaya lebih mudah dibawa.

Bateri Speaker M pula lebih besar pada 4,900mAh. Namun, hayat baterinya sama seperti Speaker S, iaitu sehingga 18 jam, dan cas penuh mengambil masa 3 jam melalui USB-C.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk CMF Speaker S dan CMF Speaker M.

Tags: CMFcmf by nothingCMF Speaker MCMF Speaker SNothing
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

CMF lancar Speaker S dan M, speaker pertama jenama ini dengan bateri sehingga 18 Jam

CMF Speaker S dan Speaker M kini boleh ditempah di Malaysia, jualan bermula 3 November

28 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN