• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple mula tawarkan Mac Studio M5 Ultra dengan RAM 512GB di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:59 pm
  • 29/10/2026
  • Komen
Apple mula tawarkan Mac Studio M5 Ultra dengan RAM 512GB di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kehangatan pelancaran produk baharu Apple, gergasi teknologi Cupertino itu kini turut menawarkan Mac Studio berkuasa M5 Ultra dengan pilihan RAM sehingga 512GB di Malaysia.

Penawaran kapasiti tertinggi ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana Mac Studio 2026, yang diperkenalkan pada Ogos lalu diumumkan menyokong RAM sehingga 512GB. Cuma pada ketika itu, penawarannya terhad dengan kapasiti RAM sehingga 256GB.



Kini, konfigurasi 512GB itu boleh dipilih melalui stor dalam talian Apple Malaysia. Namun, pembeli perlu bersedia membayar tanda harga yang amat premium kerana kos untuk naik taraf memori itu sahaja lebih tinggi daripada harga keseluruhan Mac Studio M5 Ultra dengan RAM 256GB dan SSD 1TB yang berharga RM48,849.  

Harga Mac Studio M5 Ultra dengan RAM 512GB di Malaysia

Perlu diingatkan bahawa pilihan RAM 512GB ini hanya boleh dipadankan dengan varian cip M5 Ultra spesifikasi tertinggi, yang menawarkan CPU 36-teras, GPU 80-teras, dan Neural Engine 32-teras.



Berikut harga Mac Studio dengan cip M5 Ultra tersebut di Malaysia mengikut konfigurasi memori dan storan:

  • M5 Ultra (CPU 36-teras, GPU 80-teras), 96GB RAM + 1TB SSD – RM30,849
  • M5 Ultra (CPU 36-teras, GPU 80-teras), 256GB RAM + 1TB SSD – RM48,849
  • M5 Ultra (CPU 36-teras, GPU 80-teras), 512GB RAM + 1TB SSD – RM100,599
  • M5 Ultra (CPU 36-teras, GPU 80-teras), 512GB RAM + 2TB SSD – RM102,849
  • M5 Ultra (CPU 36-teras, GPU 80-teras), 512GB RAM + 4TB SSD – RM107,349
  • M5 Ultra (CPU 36-teras, GPU 80-teras), 512GB RAM + 8TB SSD – RM116,349
  • M5 Ultra (CPU 36-teras, GPU 80-teras), 512GB RAM + 16TB SSD – RM134,349

Melihat kepada harga di atas, kos naik taraf memori daripada 96GB ke 256GB memerlukan bayaran tambahan RM18,000. Namun, untuk naik taraf daripada 256GB ke 512GB, harganya jauh lebih mahal iaitu RM51,750.

Sekiranya anda mahu konfigurasi paling tinggi, Mac Studio M5 Ultra dengan memori bersatu 512GB dan SSD 16TB berharga RM134,349.Perlu diingat juga bahawa tanda harga ini tidak termasuk aksesori seperti papan kekunci, tetikus, mahupun monitor paparan.

Bagi mereka yang membuat tempahan Mac Studio M5 Ultra dengan konfigurasi 512GB RAM hari ini di stor dalam talian Apple, anggaran penghantaran atau pengambilan dijangka sekitar 28 Januari 202, iaitu kira-kira seminggu lebih lama berbanding tempoh pesanan dalam talian bagi iPhone Duo.

Siapa sebenarnya yang perlukan RAM sehingga 512GB?

Bagi yang ingin mengetahui spesifikasi penuh Mac Studio 2026, anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini. Seperti yang diketahui, ia kini ditawarkan dengan RAM sehingga 512GB. Tetapi siapa sebenarnya yang perlukan RAM sebanyak ini?

RAM 512GB mungkin kedengaran keterlaluan untuk sebuah komputer meja. Namun, kapasiti sebesar ini berguna kepada pengguna profesional dengan beban kerja tertentu. Antara yang paling ketara ialah penyelidik kecerdasan buatan (AI) dan pembangun model bahasa besar (LLM) yang perlu menjalankan model AI bersaiz besar secara tempatan.

Ini kerana, berbeza daripada PC biasa yang mempunyai RAM sistem dan memori GPU yang berasingan, seni bina memori bersatu Apple membolehkan CPU dan GPU berkongsi kumpulan memori yang sama. Dengan kapasiti memori 512GB dan lebar jalur memori sehingga 1.2TB/s, Mac Studio M5 Ultra boleh memuatkan model AI yang jauh lebih besar tanpa bergantung pada pengkomputeran awan.

Mac Studio dengan memori bersatu 512GB kini boleh dikonfigurasi melalui stor dalam talian Apple Malaysia.

Tags: appleapple malaysiaM5 Ultramac studioMac Studio 2026Mac Studio M5 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple mula tawarkan Mac Studio M5 Ultra dengan RAM 512GB di Malaysia

Apple mula tawarkan Mac Studio M5 Ultra dengan RAM 512GB di Malaysia

29 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN