• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Descent G1, pelengkap aksi penyelam amatur dan profesional

  • OLEH Najib
  • 5:40 pm
  • 21/04/2022
  • Komen
Garmin Descent G1, pelengkap aksi penyelam amatur dan profesional
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia kini meluaskan lagi barisan jam pintar mereka dengan melancarkan Garmin Descent G1. Ia bukan sahaja menyediakan ciri pemantau kesihatan 24/7, malah direka khusus untuk peminat sukan menyelam.

Jam Garmin Descent G1 sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan menyelam dasar laut. Terdapat dua model dilancarkan, Descent G1 dan Descent G1 Solar. Bezanya pada sokongan penambah tenaga menerusi cahaya matahari.



Harga Garmin Descent G1

Orang ramai yang berminat memiliki Garmin Descent G1 boleh mendapatkannya sekarang di AECO e-store, serta di Stor Garmin di Lazada dan Shopee. Harga jualannya di Malaysia ialah:

  • Garmin Descent G1 Slate Grey – RM2,570
  • Garmin Descent G1 Powder Grey – RM2,570
  • Garmin Descent G1 Solar Black – RM3,030
  • Garmin Descent G1 Solar Hurricane Blue – RM3,030

Spesifikasi Garmin Descent G1

Jam Garmin Descent G1 menampilkan badan kompak dengan ciri-ciri sesuai untuk menyelam dasar laut. Ia memiliki skrin yang mudah dibaca dan tinggi kontras, di dalam badan jam 45mm. Ia boleh dibawa menyelam sehingga 10 ATM (100 meter) dan telah diuji memenuhi standard menyelam dengan rekaan butang induktif kalis bocor dan kaca nilam yang tahan lasak.



Penyelam baharu dan penyelam berpengalaman boleh menggunakan Descent G1 kerana ia menyokong pelbagai mod menyelam untuk selam gas tunggal dan berbilang (termasuk udara, nitrox, trimix dan 100% O2), tolok, apnea, pemburuan apnea dan litar tertutup bernafas semula. Siri Descent G1 juga memiliki kompas digital 3 paksi dan amaran getaran tahap kedalaman. Penyelam boleh melihat kedalaman, masa menyelam, suhu, NDL/TTS, kadar naik/turun, campuran gas, PO2, pemuatan N2, maklumat penyahmampatan/hentian keselamatan dan waktu semasa, semuanya boleh disesuaikan mengikut pilihan pengguna.

Dengan sokongan satelit lokasi multi-GNSS, Descent G1 akan menanda secara automatik titik masuk dan keluar air pengguna dan menyimpan log di dalam aplikasi Garmin Dive. Dengan ini, pengguna boleh merujuk semula segala maklumat dan analisa aktiviti menyelam mereka dengan mudah, termasuk tahap paling dalam dan masa menyelam. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Garmin Dive untuk merancang aktiviti menyelam seterusnya di lokasi popular yang telah dikunjungi pengguna lain.

Ciri pemantau biasa juga terdapat di Descent G1 seperti pemantau waktu tidur, serta pelbagai aktiviti kecergasan di dalam dan luar bangunan bersama GPS. Descent G1 boleh mengesan dan memantau pestasi seperti tanpah VO2 Max, status latihan, waktu pemulihan, aktiviti HITT dan cadangan kecergasan harian.

Pengguna juga boleh menerima notis panggilan, mesej, peringatan kalendar, kemaskini media sosial, berita terkini dan lebih lagi apabila dihubungkan dengan telefon pintar. Ia serasi digunakan bersama peranti Android dan iOS. Muka jam boleh diubahsuai menerusi aplikasi Connect IQ, menempatkan data yang diingini, aplikasi dan widget yang sesuai. Paling menarik adalah Surfline Widget yang menunjukkan maklumat ombak bergambar, seperti ketinggian, arah angin dan kualiti meluncur di muka utama jam.

Jam Garmin Descent G1 serasi digunakan dengan pelbagai tali Garmin QuickFit. Hayat bateri padanya boleh bertahan sehingga 25 jam dalam mod menyelam, sehingga 3 minggu dalam mod jam pintar dan sehingga 4 bulan dengan mod jam pintar di model Solar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Descent.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Instinct 2 ada tenaga bateri tanpa had, kini dalam 2 saiz dan pelbagai warna
  • Garmin Fenix 7 dan Garmin Epix: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Garmin Forerunner 55 dilancar, hayat bateri GPS sehingga 20 jam
  • Jam Garmin Enduro dengan hayat GPS 80 jam sudah tiba di Malaysia
Tags: garminGarmin Descent G1
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Garmin Descent G1, pelengkap aksi penyelam amatur dan profesional

Garmin Descent G1, pelengkap aksi penyelam amatur dan profesional

21 April 2022
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER