Kaki internet pasti sangat mengenali Lazada, portal e-dagang no 1 di Malaysia. Hari ini, Lazada Malaysia melancarkan kempen tahunan terbesarnya, Online Revolution 2017.
Kempen yang memasuki tahun ke-6 ini, akan bermula dari tarikh istimewa 11.11, dan berjalan selama sebulan sehingga 12.12.2017.
Jadi, apa yang bagusnya kempen Lazada Online Revolution 2017 ni?
Sepanjang pengalaman penulis, ia memberikan nilai harga terbaik, sama ada melalui diskaun terlampau, ataupun ganjaran dan tawaran istimewa yang tidak boleh dijumpai di masa lain.
Bertemakan ‘Shop The Universe‘ tahun ini, Lazada menyediakan antaranya Stor Rasmi lebih 1,000 jenama dari seluruh dunia seperti Estee Lauder, Senheng, Clarks, Samsung, Xiaomi dan banyak lagi.
Pusat beli-belah dari China, Taobao turut menyertai kempen Lazada ini. Malah ia menyediakan senarai barangan pilihan terbaik dari penjual terkemuka Taobao, memudahkan pengguna Lazada mendapatkan barangan dari China. Ia boleh disemak di sini.
Lebih penting lagi, pengguna harus mengaut tawaran terbaik dari kempen ini. Antaranya jualan kilat RM1, potongan harga sehingga 90%, jualan kotak misteri, baucar khas 11.11 serta kupon diskaun dari bank dan telko terpilih.
Lazada turut menyediakan hadiah bernilai lebih RM60 juta seperti pakej percutian Club Med, kamera aksi Go Pro, telefon iPhone X, kereta Perodua Bezza dan banyak lagi, khusus buat pembeli sepanjang kempen Online Revolution 2017 ni.
Di majlis pelancaran ini, Peter Hans Russel selaku CEO Lazada Malaysia turut menyatakan, ia akan menyambung kempen ini dengan jualan hujung tahun dan penghabisan stok Lazada selepas 12.12 kelak.
Satu tips yang ditemui penulis, khas untuk kempen ini adalah, jualan baucer tunai khas 11.11 yang dikenali sebagai Lazada Gift Card. Lazada telah menjual baucar tunai ini yang boleh digunakan hanya pada tarikh 11.11.17, dengan diskaun sangat menarik. Seperti baucar RM50 berharga RM40, RM100 berharga RM85 dan baucar terbesar RM2,000 boleh dibeli pada RM1,800 sahaja. Semak jualan baucar tersebut di sini.
Selain itu, jangan lupa untuk mendaftar dengan ShopBack, platform tunai kembali (cashback) yang memberi kembali wang tunai bagi setiap pembelian bukan sahaja di Lazada, malah pelbagai platform dalam talian lain. Jika berminat, daftar ShopBack melalui pautan rujukan kami dan kita boleh berkongsi RM5 sebagai ganjaran pendaftaran.
Jangan terlepas kempen jualan terhebat dari Lazada ini. Semak portal Lazada sekarang dan simpan produk sasaran anda melalui Wishlist atau terus ke dalam Cart, dan buat pembelian pada 11.11 nanti.
Untuk maklumat lanjut, layari portal Lazada Online Revolution.