Salah satu telefon pintar flagship yang mampu dimiliki adalah siri Xiaomi 11T, yang dilancarkan tahun lepas dengan harga dari RM1,699 sehingga RM2,299. Hari ini, Xiaomi Malaysia mengumumkan penurunan harga kekal untuk siri Xiaomi 11T, menjadikan harganya lebih mampu dimiliki.
Bagi Xiaomi 11T yang dikuasakan cip Mediatek Dimensity 1200 Ultra, harganya diturunkan sebanyak RM200. Untuk Xiaomi 11T Pro yang lebih berkuasa dengan cip Snapdragon 888, ia kini lebih murah RM100. Harga terkini siri Xiaomi 11T selepas diturunkan adalah seperti berikut:
- Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 128GB) –
RM1,699RM1,499 - Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 256GB) –
RM1,899RM1,699 - Xiaomi 11T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) –
RM2,099RM1,999 - Xiaomi 11T Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) –
RM2,299RM2,199
Harga baru siri Xiaomi 11T ini boleh didapati di pengedar Xiaomi Store, serta di Lazada dan Shopee.
Spesifikasi Xiaomi 11T
Xiaomi 11T dikuasakan cip terbaik Mediatek, Dimenstiy 1200 Ultra. Ia hadir dengan kamera utama 108MP, kamera ultralebar 8MP, kamera telemakro 5MP dan kamera hadapan 16MP.
Skrinnya jenis AMOLED 120Hz HD Penuh, berukuran 6.67-inci dan dilapisi kaca Corning Gorilla Victus. Tetapi pengimbas capjari masih di sisi, bergabung dengan butang kuasa.
Bateri 5,000mAh di dalamnya menyokong pengecasan pantas 67W dan kepala pengecas disertakan di dalam kotak. Sistem bunyi stereo oleh Harman Kardon, dipasang dengan tembakan bunyi ke tepi oleh kedua-keduanya.
Spesifikasi Xiaomi 11T Pro
Xiaomi 11T Pro pula menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 888, bersama RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 256GB.
Versi Pro ini berkongsi kamera dan skrin yang sama dengan model biasa. Bateri juga 5,000mAh tetapi ia menyokong pengecasan lebih pantas Xiaomi HyperCharge 120W. Boleh mengecas dari 0-100% dalam masa 17 minit sahaja.
Xiaomi turut menjamin kemaskini lebih lama untuk siri Xiaomi 11T, sehingga 3 kali naik taraf sistem operasi Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan. Terdapat 3 warna disediakan untuk siri Xiaomi 11T iaitu kelabu, putih dan biru.