Selepas melancarkan Nokia 7 Plus di Malaysia pada April Malaysia, satu telefon pintar model baru kelas pertengahan akan tiba di pasaran Malaysia. Ia adalah Nokia 6 2018 yang juga dikenali sebagai Nokia 6.1.
Sama seperti Nokia 6 yang pertama, model terbaru ini diperbuat dari sebongkah aluminium siri 6000 yang memberikannya rasa dan rupa premium. Ia ditambah lagi dengan dua tona warna pada badannya menggunakan warna kuprum di sisi dan bahagian kamera.
Skrin Nokia 6 2018 ini berukuran 5.5-inci tetapi dalam nisbah 16:9. Resolusinya HD Penuh dan menggunakan paparan IPS. Bateri di dalamnya sebesar 3,000mAh dan dicas melalui port USB-C. Ia menyokong pengecasan pantas yang boleh mengecas 50% dalam masa 30 minit.
Kuasa di dalamnya menggunakan cip pemproses Snapdragon 630 8-teras berkelajuan 2.2GHz, bersama 4GB RAM. Storannya datang dalam pilihan 32GB atau 64GB dan boleh diluaskan melalui slot kad mikroSD dalam slot hibrid.
Kamera belakang telefon ini menggunakan sensor tunggal 16MP F2.0 bersama lensa ZEISS Optics. Untuk kamera depan pula, ia menggunakan lensa 8MP F2.0. Fungsi Bothie yang merakam video menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang turut ada di Nokia 6 2018.
Paling menarik, Nokia 6 2018 adalah peranti yang dikuasakan Android One dan menjalankan sistem operasi terkini Android 8.1 Oreo siap keluar dari kotak. Ini menandakan ia dijanjikan kemaskini sistem operasi selama 2 tahun.
DirectD, penjual peranti terkemuka di Lembah Klang memaklumkan, Nokia 6 2018 akan dijual di Malaysia bermula 2 Julai 2018 dengna harga RM1,100 untuk storan 64GB. Untuk permulaan, ia ditawarkan dalam warna hitam sahaja.
Untuk harga dan spesifikasi sebegini, ia boleh digolongkan bersama Xiaomi Redmi Note 5 dan ASUS Zenfone Max Pro M1. Adakah anda akan memilih bekas raja telefon mudah alih dunia?
NOKIA 6.1 AKA NOKIA 6 (2018)
Price is RM1100 (0% GST). Available in black color
key features:
• 5.5” FULL HD…Posted by DirectD on Friday, June 29, 2018
[Sumber: SoyaCincau]