• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Find X5 Pro, telefon terbaik Oppo akan tiba di Malaysia bulan ini

  • OLEH Najib
  • 1:35 pm
  • 10/05/2022
  • Komen
Siri Oppo Find X5: Anda perlu ambil perhatian kepada flagship 2022 ini
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon terbaik Oppo tahun ini, Find X5 Pro telah dilancar di pentas antarabangsa pada bulan Februari lepas. Setelah tiga bulan berlalu, Oppo kini menyatakan bahawa ia akan tiba ke pasaran Malaysia bulan ini.

Majlis pelancaran Oppo Find X5 Pro di Malaysia akan disempurnakan pada hari Rabu, 18 Mei 2022. Sudah pasti kita akan mengetahui perkara penting mengenai Oppo Find X5 Pro seperti harga rasmi, tarikh jualan serta tawaran untuk pembeli terawal.



Untuk rujukan, Find X5 Pro dilancarkan di pentas antarabangsa dengan harga berikut:

  • Oppo Find X5 Pro 5G (12+256) – EUR1,299 (RM6,016)

Perlu diingatkan bahawa harga di Eropah memang jauh lebih tinggi kerana cukai di sana. Sebagai perbandingan, Oppo Find X3 Pro di Eropah harganya adalah EUR1,149 (RM5,397) berbanding hanya RM4,299 di Malaysia. Dijangka harga Find X5 Pro di Malaysia akan berada di antara RM4,000 ke RM5,000.



Spesifikasi Oppo Find X5 Pro

Telefon terbaik Oppo ini dikuasakan cip terbaik masa kini, Snapdragon 8 Gen 1. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 256GB. Tiada kad mikroSD diterima.

Skrin di hadapan berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Paparan ini dari jenis LTPO AMOLED dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass Victus di luar.

Ia hadir dalam warna Glaze Black ataupun Ceramic White untuk dipilih. Seperti nama warnanya, bahagian belakang Oppo Find X5 Pro diperbuat daripada seramik yang teguh.

Kamera belakangnya mengekalkan rekaan yang serupa dengan Find X3 Pro iaitu bonjolan kamera yang melengkung. Ia ada tiga kamera iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera telefoto 13MP. Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalm lubang di sudut atas skrin. Kehebatan kamera di telefon ini dipertingkat dengan penggunaan cip pemproses imej khas, MariSilicon X.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W dan pengecas wayarles AirVOOC 50W.

Oppo Find X5 Pro turut dilengkapi sistem bunyi stereo dengan sokongan Dolby Atmos tetapi tiada jek audio 3.5mm. Ia juga kalis air dan debu IP68.

Tags: oppooppo find x5 pro
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Siri Oppo Find X5: Anda perlu ambil perhatian kepada flagship 2022 ini

Find X5 Pro, telefon terbaik Oppo akan tiba di Malaysia bulan ini

10 May 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER