• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Elon Musk intai diskaun dalam pengambilalihan Twitter?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:46 pm
  • 15/05/2022
  • Komen
Elon Musk intai diskaun dalam pengambilalihan Twitter?
Share on FacebookShare on Twitter

Penghujung April 2022 dulu kami ada laporkan yang Twitter menerima tawaran Elon Musk untuk diambil alih pada nilaian USD44 bilion. Nampaknya proses pengambilalihan itu kini menemui beberapa bonggol. Tweet terbaharu daripada Elon menyatakan yang mereka sedang melakukan siasatan tentang maklumat daripada Twitter bahawa akaun spam/fake hanya terdiri daripada 5% pengguna di platform tersebut.

Sumber

Cara siasatannya mudah sahaja. Pihak Elon akan lakukan pensampelan rawak 100 akaun Twitter untuk mendapatkan anggaran peratusan akaun spam/fake. Dia turut mengesyorkan penguna lain melakukan perkara sama.



Sumber

Sekiranya maklumat 5% itu tidak benar, sudah tentu Elon akan meminta diskaun ke atas USD44b yang dipersetujui pada awalnya.

Seperti terkesan dengan Tweet tersebut, saham platform media sosial itu turun lebih 10%, daripada USD45.08 kepada USD40.42.



Walau bagaimanapun, menerusi Tweet susulan yang diutuskan, pihak Elon Musk masih lagi komited untuk mengambil alih Twitter.

Bacaan berkaitan

Tak berkenan dengan cara kerja Twitter, Elon Musk beli platform itu pada nilai USD44 billion – SoyaCincau.com

Tags: Elon MuskTwitter
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Elon Musk intai diskaun dalam pengambilalihan Twitter?

Elon Musk intai diskaun dalam pengambilalihan Twitter?

15 May 2022
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN