• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon 8+ Gen 1: Bukan seperti yang anda jangka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:20 pm
  • 23/05/2022
  • Komen
Snapdragon 8+ Gen 1: Bukan seperti yang anda jangka
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm telah mengumumkan versi “refreshed” kepada cip flagship mereka iaitu Snapdragon 8+ Gen 1. Sebelum pelancarannya, ramai yang berspekulasi, temasuklah saya, yang ia hanya menampilkan peningkatan pada clockspeed, berdasarkan norma terdahulu. Namun, semuanya silap belaka kerana cip kali ini membawakan naik taraf yang agak unik.

Cip ini kali ini masih mengekalkan binaan asal, tapi pengeluarnya cip ini telah ditukar. Pertama kali dalam sejarah Qualcomm untuk mengambil langkah seperti ini. Qualcomm telah memindahkan tempahan daripada Samsung kepada TSMC dan pada masa yang sama membawakan naik taraf biasa mereka bawakan pada cip “plus”. Snapdragon 8+ Gen 1 menggunakan servis penghasilan TSMC 4nm, sama seperti Dimensity 9000.



Ada dua perkara yang ingin dirungkaikan Qualcomm, menurut penganalisis. Yang pertama adalah kelemahan proses 4nm Samsung yang menyebabkan cip-cip yang dikeluarkan oleh Samsung sukar untuk bersaing dengan cip TSMC. Kemudian, Qualcomm turut ingin memberikan saingan kepada Dimensity 9000 yang setakat ini menerima reaksi positif daripada orang ramai.

Berbanding Snapdragon 8 Gen 1, 8+ Gen 1 10% lebih pantas. Clockspeed cip ini dipertingkat untuk kesemua kluster, daripada kluster prestasi tinggi hinggalah kluster jimat tenaga. GPU juga dikhabarkan 10% lebih baik tapi dalam masa yang sama 30% lebih cekap tenaga.



Masih belum diketahui telefon manakah yang akan gunakan cip ini. Namun, Qualcomm memberikan gambaran seawal Julai 2022. Anda boleh baca tentang lebih lanjut tentang Snapdragon 8+ Gen 1 di sini.

Bacaan berkaitan

Snapdragon 7 Gen 1: Apa yang dinaik taraf? – SoyaCincau.com

Tags: QualcommQualcomm Snapdragonsnapdragon 8 gen 1snapdragon 8 plus gen 1SoC
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Snapdragon 8+ Gen 1: Bukan seperti yang anda jangka

Snapdragon 8+ Gen 1: Bukan seperti yang anda jangka

23 May 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN