• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedmiBook 15, laptop pertama Xiaomi tiba dengan diskaun sehingga RM500

  • OLEH Najib
  • 1:29 pm
  • 02/06/2022
  • Komen
RedmiBook 15, laptop pertama Xiaomi tiba dengan diskaun sehingga RM500
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan laptop pertama mereka ke Malaysia, RedmiBook 15. Ia akan membawakan laptop berprestasi pada harga yang mampu dimiliki ke Malaysia.

Harga dan tarikh jualan

Laptop RedmiBook 15 akan sedia dijual di Malaysia mulai 6 Jun 2022. Ia akan boleh dibeli pada harga berikut:



  • RedmiBook 15 (Core i3, RAM 8GB, SSD 256GB) – RM2,399
  • RedmiBook 15 (Core i5, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM2,799

Untuk menarik minat pembeli, Xiaomi akan memberikan diskaun sehingga RM500 untuk tempoh terhad. Dari 6 – 30 Jun 2022, pembelian laptop RedmiBook 15 akan menerima potongan harga seperti berikut:

  • RedmiBook 15 (Core i3, RAM 8GB, SSD 256GB) – RM2,399 RM1,899
  • RedmiBook 15 (Core i5, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM2,799 RM2,499

Jika membeli di kedai fizikal Xiaomi Stores pula, akan mendapat hadiah tambahan berupa beg galas Mi Casual Backpack (bernilai RM69). Pembelian laptop RedmiBook 15 juga tersedia atas talian, di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee .



Spesifikasi RedmiBook 15

Kuasa utama RedmiBook 15 digerakkan oleh cip Intel Core-i generasi ke 11, dengan pilihan antara Core i3-1115G4 dan Core i5-11300H. RAM pula jenis DRR4 sebanyak 8GB, bersama storan SSD sehingga 512GB. Grafik diuruskan oleh pemproses Intel UHD.

Paparan laptop ini berkeluasan 15.6-inci HD Penuh, dengan tahap kecerahan seingga 220 nits. Badannya seberat 1.8kg dan memiliki ketebalan 19.9mm. Kamera HD 720p terpasang di bingkai atas skrin.

Papan kekunci bersaiz penuh terdapat di RedmiBook 15, tanpa kekunci nombor. Pad sentuh juga sangat besar untuk menggerakkan kursor. Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara di sisi.

Tenaga disalurkan oleh bateri 46Wh, dijangka memberi hayat penggunaan sehingga 10 jam. Ia boleh mengecas pantas dari 0-50% dalam masa 33 minit, tetapi masih menggunakan pengecas khas, bukannya USB-C.

Sambungan berwayar yang terdapat pada laptop ini adalah 1x USB 2.0, 2x USB 3.0, 1x HDMI 1.4, 1x RJ45, 1x jek audio 3.5mm dan slot pembaca kad SD. Ada juga slot kensington untuk mengunci laptop, tetapi tiada pula port USB-C. Sambungan wayarles pula adalah Bluetooth 5.0 dan WiFi 802.11ac. Sistem operasi Windows 11 dengan kemaskini seumur hidup digunakan oleh RedmiBook 15.

Ketibaan laptop RedmiBook 15 ini memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam ruang harga di bawah RM3,000, memberi saingan kepada model seperti Huawei MateBook dan Honor MagicBook. Di samping itu, anda juga boleh menyemak senarai 5 laptop terbaik untuk bajet RM2,500 di Malaysia.

Bacaan Berkaitan

  • Ini 5 laptop terbaik untuk bajet RM2,500
  • PROMO: Miliki laptop Huawei MateBook D15 pada harga lebih murah
  • PROMO: Laptop Honor MagicBook X 15 ada diskaun RM300 untuk masa terhad
Tags: laptopRedmiBook 15xiaomiXiaomi RedmiBook 15
Najib

Najib

POPULAR

RedmiBook 15, laptop pertama Xiaomi tiba dengan diskaun sehingga RM500

RedmiBook 15, laptop pertama Xiaomi tiba dengan diskaun sehingga RM500

2 June 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN