• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

WWDC 2022: iOS 16 tidak lagi sokong iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE

  • OLEH Najib
  • 4:41 am
  • 07/06/2022
  • Komen
WWDC 2022: iOS 16 tidak lagi sokong iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah selesai mengadakan ucaptama persidangan pembangun sedunia mereka, WWDC 2022. Ia dimulakan dengan pengumuman beberapa perkara yang akan tiba di perkhidmatan Apple yang akan datang seperti iOS 16, watchOS 9, macOS dan iPadOS 16.

Bagaimanapun, sokongan peranti yang boleh menggunakan iOS 16 telah dihadkan berbanding iOS 15. Tiga model iPhone telah dikeluarkan dari senarai sokongan iOS 16 iaitu iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE (gen-1).



Bermakna, telefon pintar Apple yang boleh menggunakan iOS 16 bersama pengimbas capjari Touch ID hanya tinggal iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone SE (gen-2) dan iPhone SE (gen-3). Peranti paling tua adalah iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, yang dilancarkan pada September 2017.

Senarai penuh peranti Apple yang boleh dinaik taraf ke iOS 16 adalah seperti berikut:



  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone SE (gen-2)
  • iPhone SE (gen-3)

iOS 16 membawakan beberapa pembaharuan seperti skrin kunci boleh diubahsuai, widget baru bersama Live Activities, perkongsian galeri gambar iCloud, Messages dinaik taraf dengan SharePlay dan banyak lagi.

Pembangun aplikasi boleh mendapatkan akses untuk iOS 16 Beta mulai hari ini. Ujian Beta untuk orang ramai pula akan tersedia pada bulan Julai. Versi lengkap iOS 16 akan disediakan sekitar bulan September akan datang, kebiasaannya tiba bersama model baru iPhone.

[Sumber: Apple]

Tags: appleiOS 16WWDCwwdc 2022
Najib

Najib

POPULAR

WWDC 2022: iOS 16 tidak lagi sokong iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE

WWDC 2022: iOS 16 tidak lagi sokong iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE

7 June 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN