Antara berita yang diketengahkan ialah, Shell luaskan sokongan bayar minyak guna RFID kepada lebih 30 stesen, cara mudah laporkan pada polis jika kehilangan dokumen, Xiaomi lancarkan laptop pertama di Malaysia dan banyak lagi berita lain yang dikongsikan.
1. Bayar minyak guna RFID di Shell kini ada di 35 stesen minyak
Shell luaskan lagi sokongan bayar minyak menggunakan RFID ke lebih 30 stesen minyak di Lembah Klang. Ini menjadikan jumlahnya kepada 35 stesen minyak. Dengan ini, kenderaan yang ada pelekat RFID Touch n Go, boleh isi minyak dengan mudah tanpa buka aplikasi.
Berita penuh di sini.
2. AirAsia jimat bahan api dan kurangkan CO₂ dengan naik taraf perisian
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, AirAsia umum akan melaksanakan inisiatif yang akan bantu jana penjimatan bahan api serta kurangkan pelepasan karbon dioksida (CO₂) dengan ketara. Ia dapat dilakukan melalui pemasangan perisian Descent Profile Optimiser (DPO) pada pesawat A320ceo bermula bulan Jun ini.
Berita lanjut di sini.
3. Hilang kad pengenalan atau pasport? Tak perlu beratur, buat laporan polis dalam talian di eReporting
Ada satu cara mudah untuk anda buat laporan bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkaitan dengan jenayah, iaitu secara dalam talian melalui portal e-Reporting.
Berita penuh di sini.
4. Jutaan data sensitif pekerja Malaysia didedahkan MITI tanpa disedari?
Menurut Code Blue, satu laman web kerajaan di bawah MITI didapati berkongsikan maklumat sulit secara terbuka. Ia mengandungi nama syarikat, nama kakitangan, nombor Kad Pengenalan, nombor telefon, dan jawatan. Maklumat ini adalah yang perlu dimuat naik oleh majikan, untuk daftar kakitangan di bawah program PIKAS.
Berita lanjut di sini.
5. Oppo A77 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Oppo Malaysia umumkan ketibaan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka, Oppo A77 5G. Anda kini boleh dapatkannya di Stor Online Oppo Malaysia serta di Lazada dan Shopee, dengan harga rasmi RM1,199.
Spesifikasinya di sini.
6. RedmiBook 15, laptop pertama Xiaomi tiba dengan diskaun sehingga RM500
Xiaomi Malaysia umumkan kedatangan laptop pertama mereka ke Malaysia iaitu RedmiBook 15. Ia akan sedia dijual di Malaysia mulai 6 Jun 2022. Kuasa utama RedmiBook 15 digerakkan oleh cip Intel Core-i generasi ke 11.
Spesifikasi dan harga di sini.
7. Infinix Note 12 G96 & G88, skrin AMOLED berharga di bawah RM1,000
nfinix Malaysia umumkan ketibaan siri Infinix Note 12. Ada dua model diperkenal di bawah siri ini iaitu Note 12 G96 dan Note 12 G88. Kedua-dua model ini serupa dalam segala aspek, kecuali cip pemproses dan saiz RAM.
Maklumat lanjut di sini.