• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia jimat bahan api dan kurangkan CO₂ dengan naik taraf perisian

  • OLEH Najib
  • 10:50 am
  • 03/06/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada Ahad ini, 5 Jun 2022, AirAsia mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan inisiatif inovatif yang akan membantu menjana penjimatan bahan api serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO₂) dengan ketara. Ia dapat dilakukan melalui pemasangan perisian Descent Profile Optimiser (DPO) pada pesawat A320ceo bermula bulan Jun ini.

Menurut AirAsia, penambahbaikan kepada pangkalan data Sistem Pengurusan Penerbangan (FMS) dalam rangkaian pesawat itu membolehkan setiap pesawat mengoptimumkan fasa penurunan penerbangan dan meminimumkan jumlah masa ketidakcekapan pesawat tersebut. Ia dijangka bakal mengurangkan penggunaan bahan api dan meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 0.75% daripada pembakaran sedia ada, bersamaan dengan penjimatan 101 kg pelepasan CO₂ untuk setiap penerbangan. Ini akan mengurangkan pelepasan CO₂ sebanyak lebih 221 tan bagi setiap pesawat pada setiap tahun, menjadikan Operasi Penerbangan lebih lestari dengan lebih ketara.



Peringkat awal inisiatif ini akan dipasang pada 17 pesawat dan ia akan mengurangkan sebanyak 3,764 tan CO₂ pada setiap tahun atau bersamaan dengan 62,700 pokok yang ditanam di kawasan bandar berdasarkan Pengiraan Kesetaraan Gas Rumah Hijau EPA AS. Kira-kira penjimatan ini turut disediakan AirBus, menunjukkan bahawa 20 pesawat A320 yang terbang sekitar 1,200 perjalanan setahun setiap satu, dijangka mengurangkan perlepasan CO₂ sebanyak 4,163 tan dan penjimatan bahan api sebanyak USD 883,615 (~RM3.88 juta) setahun.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) berkata: “Industri pelancongan kini telah mula pulih dan kami menjangka untuk kembali ke tahap pra pandemik menjelang akhir tahun ini. Justeru, penting untuk kami menyemak semula strategi kelestarian kami dan melaksanakan inisiatif serta proses baharu yang akan membantu meminimumkan kesan terhadap alam sekitar melalui operasi penerbangan kami. Melalui pemasangan perisian penyelesaian pengoptimuman operasi penerbangan baharu ini pada pesawat A320ceo sedia ada, ia membolehkan kami untuk mengurangkan jejak karbon untuk jangka masa pendek dan sederhana sementara kami meningkatkan penggunaan pesawat A321neo yang akan menjimatkan bahan api untuk jangka masa panjang.



CEO AAAGL, Bo Lingam

“Berdasarkan situasi perubahan iklim dan penglibatan industri penerbangan terhadap pelepasan sisa karbon, keutamaan kami adalah untuk mengurangkan jejak karbon dalam usaha kami ke arah kelestarian alam sekitar dan kami berharap untuk mengurangkan lagi pelepasan CO₂ sebanyak 221 tan untuk setiap pesawat pada setiap tahun melalui sistem DPO ini. Kami kekal komited untuk memastikan bukan sahaja kami membina sebuah syarikat penerbangan yang lestari tetapi sejajar dengan matlamat kemampanan pelepasan karbon bersih-sifar menjelang tahun 2050.

Selain DPO, AirAsia telah melaksanakan beberapa inisiatif kecekapan utama lain untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon seperti One Engine Taxi (prosedur mengendalikan satu enjin semasa pergerakan pesawat di tarmac dan bukannya kedua-dua enjin), Idle Reverse Landing (prosedur menggunakan daya enjin semasa pendaratan untuk mengurangkan bunyi bising dan pembakaran bahan api) dan pendekatan Required Navigation Performance-Authorisation Required (RNP-AR, prosedur menggunakan keupayaan navigasi lanjutan pesawat dan bukannya peralatan konvensional untuk pendekatan pendaratan terpendek). Pada tahun 2021, semua inisiatif yang telah dilaksanakan ini membolehkan AirAsia menghindari pengeluaran 11,175 tan CO₂, bersamaan dengan penanaman 186,250 pokok di kawasan bandar.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026

AirAsia jimat bahan api dan kurangkan CO₂ dengan naik taraf perisian

3 June 2022
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN