• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 12S dengan kamera Leica akan dilancar pada 4 Julai

  • OLEH Najib
  • 4:43 pm
  • 28/06/2022
  • Komen
Xiaomi 12S dengan kamera Leica akan dilancar pada 4 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas membuat pengumuman rasmi tentang kerjasama dengan Leica pada Mei lepas, hari ini Xiaomi mengumumkan bahawa produk pertama hasil kerjasama ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Malah, akan ada lebih dari satu produk diperkenalkan kelak.

Majlis pelancaran produk baru ini akan diadakan pada hari Isnin, 4 Julai 2022 pukul 7 malam waktu Malaysia. Acara ini akan diadakan secara dalam talian dan ia boleh ditonton menerusi saluran rasmi Xiaomi di Facebook, YouTube, Twitter dan laman web mi.com.



Xiaomi juga telah menjelaskan bahawa produk yang akan dilancarkan ini, telah diberi nama iaitu siri Xiaomi 12S. Memandangkan ia adalah siri, pastinya ada lebih dari satu model telefon pintar akan diperkenalkan.

Bagaimanapun, bilangan model dalam siri Xiaomi 12S bukan lagi rahsia kerana Xiaomi China menerusi weibo telah berkongsikan maklumat tersebut. Akan ada 3 model dalam siri ini iaitu Xiaomi 12S, Xiaomi 12S Pro dan Xiaomi 12S Ultra. Cuma, maklumat yang diberikan hanyalah setakat itu.



Tetapi sudah ada berita terbocor dikongsikan di dunia maya. Antaranya, ketiga-tiga model ini akan dikuasakan cip terbaru Qualcomm yang dipertingkat, Snapdragon 8+ Gen 1. Ia juga akan ditampal cop Leica di kamera belakang.

Model terhebat, Xiaomi 12S Ultra memiliki skrin AMOLED 6.7-inci QHD+ 120Hz, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1, bateri 4,800mAh dan pengecasan pantas 67W. Kamera utamanya 50MP, bersama kamera ultra lebar 48MP, kamera telefoto periskop 48MP dan kamera hadapan 20MP. Kamera ini lengkap dengan sistem pengimejan dan algoritma Leica, beserta sensor ToF dan autofokus laser.

Tahun lepas, Xiaomi menampilkan kamera terhebat di telefon pintar Mi 11 Ultra. Ia juga adalah telefon termahal Xiaomi pernah dijual di Malaysia. Kehebatan kameranya disumbang oleh kamera utama 50MP dengan sensor besar 1/1.2-inci. Ia juga memiliki skrin kedua kecil di belakang, boleh memaparkan previu untuk mengambil swafoto menggunakan kamera belakang.

Mi 11 Ultra

[Sumber: Xiaomi]

Tags: leicaxiaomiXiaomi 12SXiaomi 12S ProXiaomi 12S Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi 12S dengan kamera Leica akan dilancar pada 4 Julai

Xiaomi 12S dengan kamera Leica akan dilancar pada 4 Julai

28 June 2022
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN