• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ubah Galaxy Z Flip menjadi papan luncur di Roblox Space Tycoon

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 15/07/2022
  • Komen
Ubah Galaxy Z Flip menjadi papan luncur di Roblox Space Tycoon
Share on FacebookShare on Twitter

Roblox, platform permainan dunia-meta antarabangsa kini ditambah dengan dunia baru Samsung Space Tycoon. Samsung mengumumkan bahawa medan permainan maya ini dibina di dalam dunia Roblox untuk memudahkan orang ramai merasai sendiri pelbagai produk keluaran Samsung dari mana juga mereka berada.

Space Tycoon direka untuk pelanggan Gen Z, menerusi pengalaman dunia-meta. Di dalamnya, pemain boleh mencipta dan merasai pengalaman menggunakan produk keluaran Samsung.



Kim Jinsoo, Naib Presiden Eksekutif Pusat Rekaan Korporat di Samsung Electronics menyatakan, “Space Tycoon dibina untuk menjadi lapangan di mana pelanggan boleh merasai sendiri pelbagai kemungkinan tanpa had di dalam dunia maya. Kami mahu memberikan pelanggan Gen Z peluang untuk menggunakan produk Samsung melalui cara yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Kami akan terus berusaha mencipta kandungan dan pengalaman digital yang lebih bermakna dan menyeronokkan, untuk pelanggan masa kini dan akan datang.”

Dunia Roblox di dalam Space Tycoon berpusat kepada Stesen Angkasa Lepas Samsung, di mana pelbagai makhluk asing menjalankan kajian mengenai produk baru Samsung di dalam makmal kajian. Terdapat tiga kawasan khas permainan Space Tycoon iaitu Zon Melombong untuk mendapatkan bahan, Kedai untuk membeli peralatan dan Makmal untuk menghasilkan produk.



Menggunakan bahan yang dikumpulkan, pelbagai produk Samsung boleh dicipta seperti telefon pintar Galaxy, TV dan peralatan di rumah. Malah, ia boleh dinaik taraf menerusi pembelian peralatan. Contohnya, telefon pintar Galaxy Z Flip 3 boleh ditukar menjadi beg atau skuter. Atau jadikan penyedut hampagas Jet Bot kepada papan luncur, atau TV boleh berputar The Sero kepada helikopter.

Buat masa ini, terdapat lebih 20 produk Samsung terdapat di dalam Kedai di Space Tycoon, dengan pelbagai pilihan warna berbeza yang boleh diubah mengikut tahap pemain.

Space Tycoon di Roblox dilancarkan serentak di dalam 14 bahasa. Fungsi di mana pemain boleh berinteraksi antara satu sama lain akan ditambah di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Space Tycoon di Roblox sekarang.

Tags: robloxsamsung
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Ubah Galaxy Z Flip menjadi papan luncur di Roblox Space Tycoon

Ubah Galaxy Z Flip menjadi papan luncur di Roblox Space Tycoon

15 July 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER