TV Pintar 4K UHD kini sudah menyertai arus perdana dek harganya yang lebih mampu milik. Dalam artikel ini saya senaraikan TV Pintar 4K UHD yang ada harga sekitar RM1,500 dalam pelbagai saiz.
HiSense 50E6G
Dalam keluarga siri EG6, ada juga yang bersaiz 43” pada harga bawah RM1,300 tapi saya pilih untuk share dengan anda model 50” sebab saiz ini lebih sesuai untuk sebuah TV 4K, pada pendapat saya. Pada spesifikasi panel, ia ada resolusi UHD dan sokong HDR10 dan HLG. Atas papan utama, ia gunakan enjin paparan NEO Engine Lite yang ada pelbagai ciri menarik, salah satunya adalah SMR 120 ciri upscale-kan content kepada 120Hz, contoh bila anda tengok bola.
TV pintar ini ia gunakan sistem operasi Vidaa OS. Tapi jangan risau, APP penstriman utama masih ada dan boleh dipasang melalui gedung dalam talian. Anda boleh pasang Disney+, Netflix, YouTube, Amazon Prime Video adalah antaranya. Untuk salurkan kandungan daripada sumber ketiga, ia ada Wi-Fi 2.4Ghz. Kalau 2.4Ghz tak cukup kuat untuk salurkan data terutamanya untuk tonton video beresolusi tinggi, anda boleh gunakan sambungan LAN RJ45. Kemudian, sebanyak 3 port HDMI diberikan dan ia menyokong HDMI 2.0b bersama-sama dengan 2 port USB2.0.
SkyWorth 50SUC6500
Dengan lebih daripada 100 unit terjual di Shopee dengan purata Rating 4.8 daripada 63 entri, tiada sebarang Rating 2 bintang ke bawah, saya perkenalkan anda SkyWorth model 50SUC6500. TV ini menggunakan sistem operasi Android 10. Atas papan utama ia ada CPU 4 teras, RAM 2GB dan storan dalaman 8GB. Ia menyokong Chromecast yang menandakan yang sistem operasi Android ini memang dikhaskan untuk TV, bukannya versi peranti mudah alih yang di-port masuk ke TV.
Untuk port I/O, anda dapat 3 port HDMI, 2 port USB, 1 LAN RJ45. Satu ciri menarik TV ini yang pertama kali saya jumpa dalam sebuah TV adlaah Bluetooth Bi-Directional Input & Output. Biasanya, TV akan bersambung dengan Bluetooth speaker untuk keluarkan bunyi. Tapi TV ini ada fungsi telefon anda yang sambung ke TV untuk gunakan sistem audio TV untuk mendengar audio daripada telefon.
Xiaomi Mi TV P1 43
TV UHD bersaiz 50” sangat rare. Kalau naik ke 55” harganya akan jauh melepasi bajet RM1,500 kita. Jadi kita pergi ke satu takat ke bawah iaitu 43”. Dalam kategori ini, memang banyak pilihan anda ada. Salah satu daripadanya adalah Mi TV P1 43 harga sekitar RM1,300 mengikut penjual. Untuk panel paparan, ia menyokong HDR10 dan HLG. Jangkakan penghasilan gambar yang terang, melebihi 1,000 nits sebab itulah keperluan untuk menerima pensijilan HDR10.
TV ini menggunakan sistem operasi Android TV. Atas papan utama ada CPU 4 teras dengan RAM 2GB dan storan 16GB. Lebih besar daripada model SkyWorth tadi. Yang saya suka tentang TV ini adalah ya menyokong WiFi 5.0Ghz. Sambungan pantas penting untuk salurkan kandungaan beresolusi tinggi tanpa lag. Untuk port I/O, anda dapat 3 HDMI, 2 USB, AV, Ethernet RJ45, Optical, dan 3.5mm audio.
Samsung UA43AU7000
Samsung ada TV UHD bersaiz 50” tapi harganya melepas paras RM2,000. Satu saiz ke bawah adalah 43” yang boleh anda dapatkan pada harga bawah RM1,700. Ini untuk yang sanggup tambah sikit untuk dapatkan jenama Samsung yang memang terbukti prestasinya.
TV ini menggunakan enjin Crystal Processor 4K dengan panel paparan yang menyokong sehingga HDR10+. Samsung AU7000 menjalankan sistem operasi Tizen. Semua aplikasi penstriman utama ada dan boleh dipasang melalaui gedung dalam talian. Sambungan wayarles yang disokongnya adalah sehingga Wi-Fi 5.0 namun Bluetoothnya Cuma versi 4.2 berbanding 5.0 pada SkyWorth tadi. Port I/O asas hadir seperti 3 HDMI, 1 USB, 1 RJ45 Ethernet dan optikal. TV ini tiada jek audio 3.5mm.
LG 50UP7750PTB
Sony dan LG macam taknak maih dalam segmen harga bawah RM2,000. Sony tiada langsung manakal LG dah hampiri RM2,000 tapi saya masukkan juga disebabkan satu benda ini. Itu kejap lagi saya ceritakan. Kita mulakan dengan paparan. Ia ada paparan 50” panel VA resolusi UHD. TV ini menyokong HDR dan HLG dan lebih menarik, ada ciri 4K Upscalling. Bukan setakat refresh rate boleh diupscale jadi 120Hz, kandungan visual boleh diupscale menjadi 4K.
Untuk ketersambungan, anda boleh temui 2 HDMI, 1 USB, 1 RJ45 Lan, AV, optikal, 3.5mm audio. Sambungan wayarles yang ia ada adalah Bluetooth 5.0 dan Wifi 5.0. Saya sukakan TV ini sebab ia satu-satunya TV dalam senarai ini dan berkemungkinan besar bawah RM2,000 yang berikan Magic Remote, remote yang ada giroskop terbina. Jadi, untuk kawal interface jadi lebih mudah seperti gunakan mouse. Contohnya, proses masukkan kata laluan jadi lebih pantas dengan kursor yang terapung di skrin. TV LG ini boleh didapatkan pada harga bawah RM1,900.