Anda sudah dapatkan vaksin dos penggalak pertama? Kini dos penggalak kedua sudah disediakan. Menurut Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, semua individu berusia 50 tahun ke atas kini boleh menerima dos penggalak kedua COVID-19 sekurang-kurangnya 6 bulan selepas dos penggalak pertama. Maksudnya, jika anda telah terima dos penggalakan pertama pada bulan Disember tahun lalu, maka anda kini layak untuk terima dos kedua.
Selain individu berusia 50 tahun ke atas, antara golongan lain yang boleh dapatkan dos ini ialah petugas barisan hadapan dan individu berusia 18 tahun sehingga 49 tahun yang berisiko tinggi. Mengulas lanjut, Khairy juga berkata, mana-mana individu yang ada urusan atau mahu mengembara ke luar negara, berusia di bawah 50 tahun juga dibenarkan menerima suntikan dos penggalak kedua, jika mereka memilih berbuat demikian.
Bagaimana untuk tempah janji temu?
Untuk tempah janji temu, anda boleh lakukannya menerusi aplikasi MySejahtera atau layari laman web Protech Health untuk periksa senarai fasiliti kesihatan swasta yang memnyediakan dos penggalak kedua. Anda kemudian boleh hubungi klinik yang berdekatan untuk lakukan janji temu.
Semua individu berusia 50 tahun ke atas kini boleh menerima dos penggalak kedua COVID-19 sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos penggalak pertama.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) July 20, 2022
Tempah janji temu di MySejahera atau layari https://t.co/OuLHRebnWT untuk senarai fasiliti kesihatan swasta berdekatan. pic.twitter.com/aCN59KosO8
Sehingga 21 Julai 2022, terdapat 4587 kes baru COVID-19 dicatatkan. Jumlah ini dilihat menurun berbanding hari sebelumnya iaitu 5,685 kes. Dengan mengambil suntikan vaksin, ia dapat bantu mengurangkan gejala serius dan kes kematian membabitkan COVID-19. Oleh itu, jika anda layak menerima dos penggalak kedua, ambillah peluang ini supaya anda terlindung daripada menerima kesan serius COVID-19.
Di samping itu, baru-baru ini kami ada laporkan bahawa MySejahtera sudah “berwajah” baharu. Selain itu, ada perkara baru yang disertakan dalam versi ini ia merupakan paparan rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi bayi dan kanak. Anda sudah boleh memuat turun MySejahtera 2.0 ini di kedua-dua platform Android dan iOS. Ingat juga untuk menempah janji temu vaksin melaluinya.
[Sumber: Khairy Jamaluddin]