• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia perkenal Nasi Lemak On The Go, akan dijual di kedai serbaneka

  • OLEH Najib
  • 1:52 pm
  • 27/07/2022
  • Komen
AirAsia perkenal Nasi Lemak On The Go, akan dijual di kedai serbaneka
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia menerusi perkhidmatan makanan AirAsia Santan, hari ini memperkenalkan bungkusan baru untuk menu paling popular mereka, digelar sebagai Nasi Lemak On The Go. Ia direka khas untuk mereka yang sibuk, membolehkan makanan ini dinikmati di mana jua.

Nasi lemak bungkus ini dilancarkan dengan harga istimewa RM4.90 sahaja. Ia adalah nasi lemak Pak Nasser yang sama dan dikenali ramai, terutama oleh penumpang pesawat AirAsia. Hidangan ini terbuat daripada bahan utama nasi dan santan yang dikukus dan disajikan bersama sambal yang sederhana pedasnya, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng rangup dan telur rebus sebagai pelengkap.



Nasi Lemak On The Go ditawarkan mulai hari ini di Restoran Santan yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Ia akan tersedia untuk tempahan di dalam pesawat AirAsia, mulai 1 Ogos 2022. Terdapat pelbagai variasi basi lemak ditawarkan, membolehkan pelanggan memilih lauk kegemaran untuk dipadankan dengan sajian nasi lemak mereka.

Dijual di lebih banyak kedai dan restoran

Di samping itu, AirAsia turut menyatakan mereka akan meluaskan lagi jualan produk makanan mereka. Mulai Oktober, Nasi Lemak On The Go dan beberapa makanan AirAsia Santan lain akan terdapat di beberapa kedai serbaneka dan stesen minyak. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.



AirAsia juga akan meluaskan lagi cawangan Restoran Santan mereka ke luar Lembah Klang. Antaranya ke Pulau Pinang, Sabah dan juga Sarawak. Perancangan ini dijangka akan dapat direalisasikan pada awal tahun hadapan.

Promosi Nasi Lemak On The Go

Bersempena dengan pelancaran ‘Nasi Lemak On The Go’ ini, sebanyak 12,000 pelbagai hidangan Santan AirAsia akan disediakan secara percuma melalui platform AirAsia Food, selain 1,000,000 mata ganjaran dari AirAsia Rewards. Dengan menggunakan fungsi “Snap & Earn” di AirAsia Super App, pelanggan akan mendapat dua kali ganda mata ganjaran secara automatik (12 mata ganjaran airasia untuk setiap RM1 yang dibelanjakan) bagi semua pembelian di Santan AirAsia dari 27 Julai hingga 31 Oktober 2022. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

Masyarakat muslim juga tidak perlu ragu-ragu kerana semua hidangan Santan AirAsia disahkan Halal, dihasilkan dan dibungkus secara bersih mengikut keperluan keselamatan makanan yang ketat. Kepada mereka yang mahu menikmati menu Santan AirAsia, boleh berbuat demikian dengan menempah menerusi aplikasi AirAsia Super App di dalam ruangan Food. Ia juga terdapat di platform penghantaran makan lain.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaAirAsia Foodairasia santan
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia perkenal Nasi Lemak On The Go, akan dijual di kedai serbaneka

AirAsia perkenal Nasi Lemak On The Go, akan dijual di kedai serbaneka

27 July 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN