• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabra Elite terbaru serasi bersama Alexa, Siri dan Google Now

  • OLEH Najib
  • 1:52 pm
  • 16/07/2018
  • Komen
Jabra Elite terbaru serasi bersama Alexa, Siri dan Google Now
Share on FacebookShare on Twitter

Pakar fon kepala Bluetooth, Jabra baru-baru ini melancarkan tiga model baru dalam siri Elite keluarannya bagi memenuhi tiga keperluan utama pengguna iaitu membuat panggilan, mendengar muzik dan arahan kawalan suara. Tiga model tersebut adalah Elite 45e, Elite 65e dan Elite Active 65t.

Selain membuat panggilan dan mendengar muzik, rangkaian siri Elite dari Jabra ini juga serasi digunakan untuk membuat arahan kawalan suara kepada pembantu maya seperti Alexa, Siri dan Google Now. Jabra adalah antara yang pengeluar terawal menawarkan arahan kawalan suara bersama Amazon Alexa.



Antara ciri-ciri yang dikongsi bersama tiga model baru Jabra Elite ini adalah seperti teknologi mikrofon unik yang termaju bagi memastikan panggilan dan interaksi suara terbaik, sokongan pembantu maya Alexa-on-the-go, pilihan tetapan bunyi tersendiri menerusi APP Jabra Sound+, serta waranti dua tahun terhadap kemasukan air dan habuk.

Jabra mengkategorikan fon kepala Elite mereka kepada dua jenis menerusi huruf pangkal pada namanya. Huruf pangkal ‘e’ merujuk kepada earbud manakala huruf pangkal ‘t’ untuk wayarles sebenar, tanpa sambungan wayar earbud kiri dan kanan.



Jabra Elite 45e

Rekaan Elite 45e adalah bagi mereka yang mahu fon kepala yang tidak menonjol. Ia dari jenis neckband yang boleh diletakkan di sekeliling leher, ringan serta mikrofon terletak di dalam ruang khas butang kawalan. Ia boleh digunakan sehingga 8 jam dengan sekali cas penuh.

Jabra Elite 65e

Fon kepala ini memiliki rekaan sedikit berbeza dari Elite 45e. Ia menggunakan neckband yang keras dan datang dengan dua peringkat pembatalan bunyi aktif (Active Noise Cancellation – ANC) menerusi dua mikrofon dalam setiap earbud. Kualiti perbualan juga lebih jelas menggunakan teknologi zon penghalan bunyi. Baterinya boleh bertahan sehingga 13 jam dan ia diikitraf kalis air dan debu IP54.

Jabra Elite Active 65t

Pengguna aktif yang gemarkan rekaan Elite 65t pasti lebih suka dengan Elite Active 65t. Ia direka untuk persekitaran sukan atau ketika latihan sambil memberikan pengalaman suara dan muzik wayarles sebenar.

Earbuds ini mempunyai cengkaman yang lebih baik, menerusi salutan khas, akselerometer bersepadu bagi ciri-ciri pengesanan, dan pensijilan IP56 bagi peluh, air dan habuk. Bateri juga tahan lebih lama dengan penggunaan sehingga lima jam dalam sekali cas, serta dua kali cas penuh di dalam kotak pengecas.


Kesemua produk Jabra Elite ini telah berada di dalam pasaran dan boleh dibeli menerusi pengedar sah Jabra atau Stor Rasmi Jabra di 11street, Lazada dan Shopee. Harga jualan adalah seperti berikut:

  • Elite 25e – RM309
  • Elite 45e – RM399
  • Elite 65t – RM749
  • Elite Active 65t – RM849
  • Elite 65e – RM949

Maklumat lanjut tentang siri Jabra Elite ini boleh disemak di laman web www.jabra.com/elite

Tags: Elite 45eElite 65eElite Active 65tJabraJabra EliteJabra Elite 45eJabra Elite Active 65tJabra Elite65eJabra Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Jabra Elite terbaru serasi bersama Alexa, Siri dan Google Now

Jabra Elite terbaru serasi bersama Alexa, Siri dan Google Now

16 July 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER