• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Badan Mi Max 3 kekal sama tapi skrin dan bateri lebih besar dari Mi Max 2

  • OLEH Najib
  • 7:20 pm
  • 19/07/2018
  • Komen
Badan Mi Max 3 kekal sama tapi skrin dan bateri lebih besar dari Mi Max 2
Share on FacebookShare on Twitter

Anda suka dengan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5 tetapi berharap ada skrin lebih besar? Maka Mi Max 3 yang baru ini memang patut jadi pilihan anda. Ia baru sahaja dilancarkan di China dan menampilkan fungsi lebih baik dari versi sebelumnya.

Mi Max 3 boleh diibaratkan Redmi Note 5 bersaiz XL. Ia memiliki beberapa persamaan seperti menggunakan cip pemproses Snapdragon 636, pilihan RAM LPDDR4X sehingga 6GB dan storan dalaman eMMC 5.1 sehingga 128GB.



Jenis kameranya juga hampir sama. Di belakang ia dipasang dwi-sensor 12MP+5MP F1.9 dengan kuasa autofokus dwi-piksel yang sangat pantas. Tetapi di depan sensornya hanya 8MP F2.0 dan ditemani LED bercahaya lembut, berbeza dengan 13MP di Redmi Note 5.

Saiz XL Mi Max 3 jelas dilihat dari skrinnya. Walaupun ukuran badannya hampir sama dengan Mi Max 2, skrinnya kini lebih lebar sepanjang 6.9-inci dengan resolusi FHD+ 2160×1080 dalam nisbah 18:9.



Selain itu, baterinya juga ditambah kapasiti menjadi 5,500mAh. Ia menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui sambungan USB-C dan dibekalkan pengecas 9V/2A. Mi Max 3 menyokong dua kad sim dan satu kad mikroSD dalam slot hibrid.

Dalam majlis pelancarannya di China, Mi Max 3 dijual pada harga RMB1,699 (~RM1,020) untuk model 4GB RAM dan 64GB storan. Manakala model 6GB RAM dan 128GB storan pula berharga RMB1,999 (~RM1,200).

Belum ada lagi khabar tentang penjualannya di luar China tetapi ia pasti akan tiba tidak lama lagi. Sementara itu, boleh baca lebih lanjut tentang telefon baru ini di laman web Mi Max 3 China.

[Sumber: AndroidCentral]

Tags: mi maxMi Max 3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Badan Mi Max 3 kekal sama tapi skrin dan bateri lebih besar dari Mi Max 2

Badan Mi Max 3 kekal sama tapi skrin dan bateri lebih besar dari Mi Max 2

19 July 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN