[Artikel ini dibawakan oleh Astro]
Perlawanan bola sepak terbesar di dunia, Piala Dunia Qatar 2022 akan berlangsung mulai 21 November 2022. Sebanyak 32 negara akan beraksi untuk merebut gelaran terulung, pasukan bola sepak negara terbaik di dunia.
Sebagai peminat bola sepak dan sukan, sudah pasti anda tidak boleh melepaskan peluang untuk menyaksikannya secara langsung. Serta mendapatkan lebih banyak maklumat, bukan sekadar menonton perlawanan.
Jawapan untuk semua keperluan Piala Dunia Qatar 2022 anda hanya terdapat di satu tempat, dan ia adalah Astro. Atau nama lainnya yang dikenali ramai, Stadium Astro.
Hanya pelanggan Pek Sukan Astro mendapat akses percuma dan liputan komprehensif Piala Dunia Qatar 2022 untuk menonton semua perlawanan secara langsung di TV tanpa ketinggalan setiap saat menerusi aplikasi Astro GO.
Siaran UHD, bila-bila masa, di mana jua
Sebagai pelanggan Pek Sukan Astro, mereka akan dapat menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung dalam resolusi Ultra HD 4K (UHD), termasuk 37 perlawanan yang disiarkan secara eksklusif hanya di Astro. Malah, Astro menyediakan 3 saluran khusus buat Piala Dunia Qatar 2022, dua dalam resolusi HD Penuh dan satu saluran 4K Ultra HD.
Lebih menarik lagi, pelanggan Astro dapat akses kepada lebih banyak perkara selain siaran langsung. Astro menyediakan ciri Play From Start yang membolehkan pelanggan menonton perlawanan dari awal, walaupun terlewat mula menontonnya.
Jika berasa penat atau terlalu mengantuk untuk berjaga menonton perlawanan jam 3 pagi, hanya tetapkan sahaja Cloud Record untuk tontonan semula perlawanan sepenuhnya.
Pelanggan yang tidak sempat berada di rumah semasa perlawanan berlangsung, boleh menyaksikannya di mana jua menerusi platform Astro GO. Ia boleh diakses bukan sahaja menerusi pelayar web di komputer, malah di aplikasi mudah alih Android dan iOS.
Astro GO turut menyediakan tontonan mana-mana perlawanan yang telah berlangsung, bagi peminat yang gemarkan tontonan semula atau mengkaji taktik perlawanan setiap pemain. Mod Interaktif di Astro GO menyediakan lebih banyak maklumat, data dan statistik untuk peminat meningkatkan pengetahuan mereka dalam setiap perlawanan, sekaligus menjadi pundit atau pakar untuk bercerita di kedai mamak apabila melepak bersama rakan-rakan.
Pelanggan Astro akan terus menerima nilai tambah sepanjang Piala Dunia Qatar 2022 berlangsung. Antaranya berpeluang bertemu dan berjabat tangan dengan legenda bola sepak secara eksklusif. Butiran lanjut akan boleh didapatkan di dalam Astro Rewards.
Belum melanggan Astro? Dapatkan hari ini dari serendah RM59.99/bulan
Berita baik untuk mereka yang masih belum melanggan Pek Sukan Astro. Astro kini mengadakan promosi Pek Sukan Astro hanya RM59.99/bulan selama 6 bulan. Pelanggan baru akan mendapatk akses percuma kepada semua 64 perlawanan Piala Dunia dalam format 4K HDR.
Jika berminat, daftar sekarang Pek Sukan Astro menerusi laman web Astro Sports.
Selain itu, Astro Go Shop menawarkan diskaun sehingga 30% dalam kempen ‘Go Bola Fiesta’. Produk seperti TV 4K, tablet, telefon mudah alih dan banyak lagi ditawarkan dalam kempen ini, berjalan dari 1 September sehingga 30 Oktober 2022. Malah, pelanggan yang membeli TV 4K di Go Shop, berpeluang memenangi sepasang tiket untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia di pesta tontonan Astro.
Menangi hadiah di RoadShow Astro dan Trasure Hunt Piala Dunia
Astro akan mengadakan jelajah The Quest Piala Dunia Qatar 2022, di seluruh negara. Orang ramai dijemput untuk menyertai ‘Golden Treasure’ yang akan menjelajah bandar-bandar utama di Malaysia dan menyediakan hadiah.
Peserta yang terpilih untuk mengangkat dan membebaskan Golden Bar, berpeluang memenangi baucar JD bernilai sehingga RM300 dan barangan eksklusif Piala Dunia FIFA. Jelajah The Quest ini akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Kuantan. Butiran lanjut akan dikongsi di platform media sosial Astro.
Astro juga akan mengadakan pertandingan pencarian harta karun. Tarikh, petunjuk dan lokasi, akan dimuat naik di laman web www.astro.com.my. Mereka yang berjaya memenanginya, akan membawa pulang hadiah berupa barangan eksklusif Piala Dunia FIFA dan hadiah bernilai sehingga RM500! Petunjuk pertama akan bermula pada bulan November. Ikuti @astromalaysia dan @stadium.astro di Instagram untuk tidak ketinggalan.
Butiran lanjut akan dikongsi di platform media sosial Astro.