Touch ‘n Go RFID (RFID) adalah cara terbaharu untuk pembayaran tol. Ia menerima reaksi bercampur baur dalam kalangan pengguna. Memanglah ia memudahkan kerana tidak perlu lagi tambah nilai di kedai fizikal. Tapi ia hadir dalam bentuk pelekat yang ditampal pada kereta. Konsepnya sama seperti pelekat cukai jalan yang apabila ditanggalkan, ia tidak lagi boleh diguna semula.
Namun, ada segolongan bijak pandai yang mencari solusi kepada masalah ini. Juga sama seperti pelekat cukai jalan, ada pengguna yang menampal tag RFID mereka di atas sekeping plastic akrilik. Hasilnya, tag RFID ini boleh dibawa ke mana-mana dan tidak lagi ditambat pada kereta itu.
@terbelilagi Replying to @azam slayyy💅🏻 finally dapat try! sebaik beli 1 ja rfid, boleh kongsi🥳 #fyp #tiktokshop #rfid #tiktokpelitfyp ♬ original sound – ONYX • Shairaaa Core ng pinas? – NXPE • ❀MS.POBLETE☘️
Menerusi video TikTok yang dikongsikan, pengguna tersebut mendemonstrasikan dia melalui 4 plaza tol tanpa masalah walaupun tag RFID itu tidaklah didaftarkan ke atas kenderaan yang sedang dibawa.
Tindakan ini mungkin salah di sisi Terma & Syarat
Berdasarkan laman Syarat-syarat Penggunaan (Term of Use) RFID, unit pelekat itu adalah tidak boleh dipindahkan. Frasa “non-transferable” di Perenggan 7, Sub-Pdigunakan dalam dokumen itu agak kabur tatacara penggunaannya. Adakah tidak boleh dipindah milik? Adakah tidak boleh dipindah ke kenderaan lain?
Kemudian, di bawah Sub-Perenggan 5.5 (c) pula menyatakan yang pelekat RFID hanya boleh dipasang di lampu kenderaan ataupun di cermin kenderaan bahagian luar. Jadi, dari demonstrasi tersebut, jelas pengguna itu telah melanggar dua terma dan syarat penggunaan RFID.
Plaza tol ada kemudahan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan
Sungguhpun dengan jayanya dia boleh melepasi tol dengan memindah-mindakan RFID antara kenderaan, ia dengan mudahnya boleh dikesan pihak TnG. Tahukah anda yang ada kemudahan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan?
Ciri ini sudahpun diguna pakai di lebuh raya kendalian PLUS seawal Disember 2021 lalu.
Salah satu kelebihan ANPR adalah menyelesaikan pertikaian pembayaran untuk mengelakkan pengguna daripada didenda bayaran maksimum tol. PVT akan dapat mengesan laluan masuk dan keluar sebenar kenderaan supaya kadar tol yang tepat dikenakan.
Sistem ini berkeupayaan untuk membandingkan pendaftaran kenderaan dengan rekod pendaftara RFID. Makanya, sekiranya mahu, pihak TnG boleh saja menyekat amalan ini bila-bila masa.