• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bajet 2023: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dinaikkan sehingga rm3000

  • OLEH Najib
  • 5:13 pm
  • 07/10/2022
  • Komen
Bajet 2023: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dinaikkan sehingga rm3000
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul telah membentangkan perancangan Bajet 2023 kerajaan Malaysia di Parlimen petang ini. Menurut beliau, kerajaan akan memperuntukkan RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi pembangunan, RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion sebagai Simpanan Luar Jangka. Ini adalah bajet terbesar dalam sejarah.

Salah satu perkara penting yang dibentang oleh Menteri Kewangan adalah tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Berikut adalah senarai penerima dan bantuan tunai yang akan diterima:



  1. Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih layak terima RM2,500
  2. Isi rumah sehingga empat anak, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000
  3. Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak
  4. Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan
  5. Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang ada anak tanggungan diteruskan dan layak terima BKM maksimum RM3,000

BKM 2023 akan beri manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion. Bantuan ini memberikan wang tunai terus ke dalam akaun bank penerima. Maklumat lanjut yang diperlukan adalah kategori pendapatan yang akan digunakan untuk membezakan berapa banyak bantuan akan diterima.

Tags: bajet 2023bkmTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Bajet 2023: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dinaikkan sehingga rm3000

Bajet 2023: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dinaikkan sehingga rm3000

7 October 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN