• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Volkswagen menyesal dan mahu kembali gunakan butang sebenar

  • OLEH Najib
  • 5:54 pm
  • 26/10/2022
  • Komen
Volkswagen menyesal dan mahu kembali gunakan butang sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Butang sentuh atau butang kapasitif, sudah menjadi gaya moden untuk pelbagai kegunaan masa kini. Ia juga telah menjangkiti kenderaan dengan banyak pengeluar tidak lagi menggunakan butang mekanikal.

Salah satu pengeluar kenderaan tersebut adalah Volkswagen. Untuk kelihatan canggih dan moden, mereka telah menukar banyak butang kawalan di dalam kenderaan kepada butang sentuh. Antaranya butang kawalan penghawa dingin dan pemain media radio. Ia dapat dilihat dalam model baru mereka seperti Arteon, Golf Mk8 dan Tiguan AllSpace.



Volkswagen Golf GTI Mk8

Tetapi butang ini sebenarnya sangat teruk dan susah digunakan. Volkswagen seperti baru menyedari tentang perkara ini dan CEO-nya, Thomas Schäfer ada menyatakan bahawa mereka akan kembali menggunakan butang fizikal dan mekanikal di stering kereta, atas permintaan ramai.

Menerusi status di LinkedIn, Thomas berkata bahawa industri permotoran sedang berada di dalam perubahan yang sangat besar dan adalah sangat penting untuk mereka sentiasa mendengar dengan teliti keluhan pelanggan, belajar darinya dan menyediakan jawapan yang tepat tentang sebarang persoalan. Terangnya lagi, Volkswagen sedang memperbaiki protfolio dan rekaan mereka, ditambah lagi dengan mencipta cara mudah untuk mengendalikan kenderaan. Contohnya, mengembalikan semula butang boleh tekan di stereng! sebab itu yang pelanggan mahukan daripada VW.



Ini sememangnya satu berita baik dan adalah menjadi harapan kami agar ia akan diluaskan lagi kepada butang kawalan yang lain di dalam kereta. Tetapi Thomas tidak menyatakan bilakan ia akan dilaksanakan, sama ada untuk model yang dinaik taraf kelak atau model serba baru nanti.

Honda pernah menggunakan butang sentuh untuk mengawal penghawa dingin dalam model generasi sebelum ini dan telah kembali bertukar menggunakan butang fizikal. Di dalam Honda City, City Hatchback, HR-V dan Civic terbaru, ia menggunakan butang fizikal dan tombol yang sangat senang digunakan. Ia lebih praktikal dan mudah digunakan untuk mengubah kipas dan suhu, dengan memastikan mata boleh kekal melihat ke depan dan jalan.

Honda HRV 2022

Di samping itu, Volkswagen juga menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan lagi usaha menjadikan jenama mereka lebih dikenali sebagai pengeluar kenderaan elektrik, dengan merancang untuk melancarkan 10 model EV menjelas 2026 meliputi semua segmen.

Mereka juga berusaha untuk menjadikan pengalaman pembelian pelanggan lebih digital. Buat masa ini, pelanggan di Jerman, Perancis dan Itali boleh membuat tempahan kenderaan secara atas talian dan VW mahu meluaskannya kepada lebih banyak negara.

[Sumber: RoadAndTrack]

Tags: EVVolkswagon
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Volkswagen menyesal dan mahu kembali gunakan butang sebenar

Volkswagen menyesal dan mahu kembali gunakan butang sebenar

26 October 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER