Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Synology
Synology Drive adalah salah satu aplikasi yang boleh dipasang pada NAS Synology anda. Ia berfungsi sebagai “petugas barisan hadapan” fail-fail yang anda masukkan ke storan NAS anda.

Menggunakannya, proses mengakses dan menguruskan fail anda jadi sangat mudah kerana Synology Drive disediakan di pelbagai platform sama ada telefon pintar, komputer ataupun pelayan web.


Anda boleh akses fail seperti imej, video, muzik, dan dokumen langsung daripada Synology Drive dan anda juga boleh mengakses fail yang anda sunting menerusi Synology Office seperti dokumen teks, spreadsheet, dan slaid pembentangan.

Tidak terhenti di situ, Synology Drive kaya fungsi. Bagi memudahkan pengurusan fail, ada fungsi seperti mencari, memindah dan menanda fail menggunakan label agar mudah diuruskan. Itu adalah sebahagian daripada bermacam-macam ciri baharu pada aplikasi Synology Drive 3.0 dalam telefon pintar yang diperkenalkan tahun ini.

Tapi saya nak kongsikan 3 yang wajib anda cuba.
Apa yang baharu dengan Synology Drive versi 3.0 dalam telefon pintar
Collection adalah satu ciri yang memudahkan anda himpunkan dokumen di bawah satu label agar mudah untuk anda dikemudian hari. Contohnya saya letakkan dokumen-dokumen yang berkaitan projek yang sedang dikerjakan di bawah satu “Collection”.
Collection boleh diadakan untuk fail daripada jenis dokumen, gambar, audio, dan video.

Kemudian, Synology Drive juga boleh bantu anda untuk salin gambar yang diambil oleh kamera telefon anda dan dimuat naik ke storan NAS anda, secara automatik.

Di aplikasi telefon pintar, anda cuma perlu aktifkan fungsi ini dan tetapkan destinasi di NAS anda, tempat ingin anda simpan gambar-gambar yang disalin.

Kalau anda nak lakukan salinan pendua ke dalam NAS untuk data-data anda yang lain juga boleh dilakukan. Menggunakan ciri penyelarasan dua hala (two-way synchronization), sistem Synology berupaya memastikan hanya salinan terkini diakses oleh anda tak kira dari mana anda akses fail tersebut.

Ciri ini sangat berguna sekiranya anda bekerja di dalam satu pasukan dan lebih daripada seorang mengakses satu-satu fail.

Synology Drive 3.0 di telefon pintar membawakan pembaharuan besar-besaran untuk kemudahan anda. Objektifnya adalah untuk menjadi portal semua dalam satu untuk anda mentadbir fail-fail anda. Nak tahu lebih lanjut tentang kemas kini yang dibawakan, anda boleh lihat senarainya di sini.
Apa yang baharu dengan Synology Photos
Synology Photos adalah solusi semua-dalam-satu kepada gambar-gambar anda. Tidak kiralah anda jurugambar professional ataupun amatur, penyelesaian Synology ini lengkap dengan semua yang anda perlukan untuk menguruskan gambar anda secara berkesan.

Seperti Synology Drive, Synology Photos juga hadir dalam bentuk aplikasi mudah alih. Ada dua ciri baharu yang dimasukkan bagi memantapkan lagi solusi pengurusan gambar Synology ini. Salah satu daripadanya adalah “Photo Request”.
Dengan Photo Request, anda boleh wujudkan satu folder di dalam NAS anda dan beri akses kepada orang lain untuk memuat naik gambar daripada telefon masing-masing ke dalam storan anda. Ciri ini berguna dalam situasi anda pergi melancong beramai-ramai dan mengalami kesukaran untuk menghimpunkan foto.

Sebagai langkah keselamatan, anda boleh menetapkan tarikh tamat “Photo Request”.
Satu lagi ciri sangat berguna diperkenalkan Synology adalah yang boleh membantu anda melakukan salinan gambar dalam kuantiti yang besar, misalnya anda telah himpunkan ratusan gambar ke telefon anda dan ingin memuat naiknya ke storan NAS.

Anda boleh arahkan Synology Photos melakukan proses salinan sewaktu anda telefon anda tidak digunakan, misalnya bila sedang tidur. Jadi, telefon anda tidak perlu bekerja terlalu keras untuk menyelesaikan tugasan itu.
Dapatkan Synology untuk solusi semua dalam satu data anda
Synology ada ratusan produk NAS untuk dipilih. Sebagai permulaan, anda boleh telusuri panduan ringkas tentang NAS yang sesuai untuk jadi storan awan pertama anda. Kalau masih ragu-ragu, Synology ada sediakan satu laman khas untuk bantu anda membuat pilihan.
Synology NAS Selector akan tanyakan jenis pengguna, sama ada untuk rumah, pejabat kecil, ataupun perniagaan. Kemudian, ia turut bertanyakan jenis kegunaan NAS yang anda inginkan seperti menyimpan fail kerja, multimedia, menyalin data ataupun lakukan kerja pemvirtualan.
Jangan lepaskan peluang untuk sambar satu NAS Synology sewaktu promosi 11.11. Antara yang boleh anda usyar adalah model DS220+, DS420+ dan DS1621+. Anda boleh berkunjung ke kedai dalam talian Synology di Lazada dan Shopee untuk maklumat lanjut.