• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda terima WhatsApp daripada parti politik? Ini cara mereka dapat data anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:41 pm
  • 09/11/2022
  • Komen
Anda terima WhatsApp daripada parti politik? Ini cara mereka dapat data anda
Share on FacebookShare on Twitter

Ada satu cicipan di Twitter yang mengandungi kegusaran seorang pengguna. Dia memaklumakn telah menerima satu mesej di platform WhatsApp yang didalamnya ada maklumat daftar pemilihnya disamping maklumat sensitif seperti alamat surat-menyurat.

Sumber

Dia bertanyakan tentang, bagaimanakan si penghantar beroleh maklumat sebegitu sehingga boleh menghubunginya.



Kalau anda fikirkan kembali, penghantar mesej memulakan hantaran dengan pertanyaan, “Ada anda bernama nur liyana”. Ia menunjukkan penghantar mesej sendiri tidak berjaya untuk padankan nama di dalam rekod undi dengan nombor telefon.

Jelas kelihatan, mereka cuma serkap jarang sahaja.



PRU15: Semak tempat mengundi anda sekarang

Jadi apa sebenarnya yang mungkin berlaku?

Anda boleh rujuk Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2022. Di bawah Peraturan 27, salinan daftar pemilih induk dan daftar pemilih tambahan akan dibekalkan kepada setiap calon secara percuma.

Dalam daftar pemilih, orang yang ingin mengeksploitasinya ada maklumat seperti:

  1. Nama penuh
  2. No. kad pengenalan
  3. Tarikh lahir

Kemudian, pihak ini juga ada akses kepada Daftar Pemilih Tambahan yang diumumkan setiap bulan.

Contohnya, dalam tangkap layar di atas, anda boleh lihat Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2022 untuk P.132 Port Dickson. Anda boleh ekstrak nombor Kad Pengenalan, nama pemilih, nombor rumah, dan lokaliti.

Satu lagi maklumat yang tiada adalah nombor telefon. Anda pernah dengar tentang kebocoran data platform-platform lain? Besar kemungkinan maklumat nombor telefon anda sudahpun didagangkan di pasaran gelap.

Dalam tahun 2017 dulu, pernah berlaku kebocoran data telco besar-besaran. Dilaporkan yang lebih 46 juta rakyat Malaysia telah terkesan dan data yang terbocor adalah seperti nombor telefon, nombor Kad Pengenalan, dan alamat. Rupa-rupanya ia berpunca daripada MCMC sendiri.

Anda boleh baca kupasan lanjut di CiliSos.

Tags: PRU15whatsapp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Anda terima WhatsApp daripada parti politik? Ini cara mereka dapat data anda

Anda terima WhatsApp daripada parti politik? Ini cara mereka dapat data anda

9 November 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER