Oppo mengumumkan yang flagship Find X mereka yang akan datang bakal diperkasa Snapdragon 8 Gen 2. Mereka tidak mengumumkan lagi apakah nama Find X baharu tapi jika sebelum ini mereka melancarkan Find X5 Pro, adalah masuk akal sekiranya yang akan datang ini adalah Find X6 Pro.
Snapdragon 8 Gen 2: Ini senarai pembaharuan yang dibawakan berbanding generasi sebelumnya
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana memang setiap generasi Oppo setakat ini diberikan cip flaghip tahun tersebut. Misalnya, Oppo Find X5 Pro yang dilancarkan di Malaysia dalam bulan Mei 2022 lalu menjalankan Snapdragon 8 Gen 1.
Oppo Find X5 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tapi, uniknya dengan Snapdragon 8 Gen 2 ini adalah ia bakal membawakan sesuatu yang baharu dan tidak pernah ada pada telefon pintar iaitu teknologi ray tracing pada tahap perkakasan. Sebelum ini ada beberapa percubaan untuk membawakan ray tracing kepada platform mudah alih tapi ia sama ada masih belum direalisasikan ataupun sekadar menggunakan solusi perisian.
Huawei Pamerkan Kemampuan Kirin 990 Menyokong Fungsi Ray Tracing
Manfaat menggunakan ray tracing dalam mensimulasikan cahaya adalah ia mempertingkat kecekapan proses render sebanyak 5 kali ganda dan mengurangkan beban ke atas CPU sebanyak 90% berbanding solusi berasaskan perisian yang digunakan sebelum ini.
Perkara yang kurang menarik didengar adalah daripada demonstrasi yang dipamerkan, kandungan yang menyokong ray tracing itu hanyalah pada resolusi 720p. Memang ketara kebejatan kualiti sekiranya anda tonton video sample di paparan HD penuh.