• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah PM ke-10 Anwar Ibrahim, Team iPhone atau Team Android?

  • OLEH Najib
  • 1:05 am
  • 25/11/2022
  • Komen
Adakah PM ke-10 Anwar Ibrahim, Team iPhone atau Team Android?
Share on FacebookShare on Twitter

Ketegangan politik di Malaysia akhirnya tamat selepas YDP Agong berkenan melantik YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Selepas mengangkat sumpah menjaga kerahsiaan negara, Anwar melaksanakan tugas rasminya yang pertama sebagai Perdana Menteri dengan mengadakan sidang akhbar bersama wartawan.

Sidang akhbar yang dijadualkan pada pukul 6 petang, ditangguhkan ke pukul 8 malam dan seterusnya lewat dimulakan sekitar pukul 9 malam. Sebelum itu, Anwar berkongsi di media sosial tentang panggilan yang diterimanya daripada rakan sejawat dari Indonesia, Presiden Joko Widodo.



Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah. #DemiPertiwi pic.twitter.com/3sL3BvFacw

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 24, 2022

Selepas itu semasa duduk di meja berhadapan puluhan mikrofon, Anwar sekali lagi memaksa rakyat Malaysia terus menunggu apabila menjawab panggilan daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. Agak lama juga dia bercakap melalui pembesar suara yang didengari semua orang.

@anwaribrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye ketika sidang akhbar pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. pic.twitter.com/HohSHpGkKj

— SinarHarian (@SinarOnline) November 24, 2022

Apa yang menarik perhatian kami adalah, apakah telefon yang digunakan oleh PM ke-10 ini?



Dalam video perbualannya dengan Jokowi, dia kelihatan berbual menggunakan telefon pintar Samsung. Melihatkan susunan kamera yang lurus kecil di belakang serta lubang kecil di dahi skrin hadapan, ia seperti model Samsung Galaxy Note 10 atau Note 10+.

Manakala semasa sidang akhbar dan bercakap dengan Erdogan, telefon yang digunakan adalah Google Pixel 5. Pada mulanya agak sukar mengenal pasti daripada video siaran langsung. Tetapi gambaran jelas diketahui menerusi gambar kamera wartawan di lokasi. Susunan tiga kamera pelik dalam kotak segi empat adalah milik Pixel 5.

Looking at the camera module, looks like Anwar using Google Pixel (5 or 4A5G) during his call with Erdogan. pic.twitter.com/uQYZTs3qXM

— Kemto (@akemasyraf) November 24, 2022

Bagaimanapun dalam penemuan lain, Anwar didapati menggunakan iPhone. Menerusi twitter, semua muat naik hari ini adalah menerusi iPhone. Tetapi ini mungkin diuruskan oleh pengurus atau admin, bukan telefon peribadi Anwar.

Ini ditambah lagi dengan penemuan lain di tangannya. Dalam semua gambar terbaru di media sosial Anwar, hanya kelihatan jam Apple Watch disarungkan. Tidak ada jam lain kelihatan. Untuk Apple Watch, satu-satunya telefon yang serasi dan boleh bersambung dengannya hanyalah iPhone. Adakah Anwar menyambung Apple Watch ke telefon orang lain? Atau Anwar tidak pernah menunjukkan dia menggunakan iPhone? Atau iPhone itu dipegang oleh pegawainya?

Kalau pun Anwar ada 2 telefon seperti yang kita lihat tadi, bermakna Anwar adalah pengguna Android, bukannya iPhone. Bukan calang-calang pengguna Pixel 5 ni sebab ia tak dijual secara rasmi di Malaysia dan dikenali oleh mereka yang betul-betul berminat, atau mahukan prestasi kamera menarik hasil pemproses AI Google.

Apa pendapat anda, adakah Anwar sah team Android? Jika anda ada bukti lain, segera hantarkan kepada kami.

Tags: androidAnwar IbrahimiphonePRU15
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Adakah PM ke-10 Anwar Ibrahim, Team iPhone atau Team Android?

Adakah PM ke-10 Anwar Ibrahim, Team iPhone atau Team Android?

25 November 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN