• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia tawarkan penerbangan serendah RM21 serta makanan percuma sempena ulangtahun ke-21

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:24 pm
  • 29/11/2022
  • Komen
AirAsia tawarkan penerbangan serendah RM21 serta makanan percuma sempena ulangtahun ke-21
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan November, AirAsia baru sahaja tawarkan promosi 7 juta tempat duduk percuma kepada orang ramai. Kini ia datang pula dengan promosi lain bersempena dengan ulang tahun ke-21. Jualan ini bakal berlangsung sehingga 4 Disember untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 30 Mac 2024.

Dengan harga serendah RM21, anda boleh kunjungi pelbagai destinasi jarak dekat seperti Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu, dan banyak lagi destinasi lain. Manakala destinasi ASEAN seperti Krabi, Singapura, Phu Quoc pula berharga dari RM64. Harga tersebut adalah harga akhir, ia sudah termasuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain.



Untuk destinasi yang lebih jauh pula, anda boleh terbang bersama AirAsia X ke Perth, Taipei, Tokyo, Seoul, Melbourne, Auckland dan banyak lagi dengan harga daripada RM399 untuk tempat duduk ekonomi, atau RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed. Tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 30 April 2023.

Saya ada jumpa beberapa lokasi penerbangan dengan harga promosi untuk tawaran ini di aplikasi AirAsia. Walaupun harganya nampak murah, tapi anda perlu ingat, ini adalah penerbangan sehala. Maka anda perlu usaha sedikit untuk cari tarikh yang sediakan tambang rendah bagi perjalanan dua hala.



Tambang serendah RM48 & hidangan percuma

Selain itu, dalam promosi ini juga anda berpeluang menikmati hidangan Santan AirAsia dalam penerbangan percuma dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu. Namun, tempahan penerbangan harus dilakukan sekarang sehingga 30 November 2022. Tempoh perjalanan pula adalah antara 1 Disember 2022 hingga 30 Mac 2024. 

AirAsia menyediakan sehingga 76 kali kekerapan penerbangan mingguan untuk promosi makanan percuma ini. Namun anda perlu tahu, juadah percuma adalah terhad untuk 500 tempahan pertama pada setiap hari.

Semasa saya periksa harga tiket untuk promosi ini, ternyata memang ada tiket dengan harga rendah. Tapi, saya tak dapat tempahnya dengan makanan percuma. Ini mungkin kerana saya sudah melebihi kuota 500 tempahan pertama yang disediakan. Jadi, jika anda ingin rebut peluang ini, pastikan anda lakukan tempahan seawal mungkin pada setiap hari.

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
AirAsia tawarkan penerbangan serendah RM21 serta makanan percuma sempena ulangtahun ke-21

AirAsia tawarkan penerbangan serendah RM21 serta makanan percuma sempena ulangtahun ke-21

29 November 2022
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN