• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia tawar 7 juta tempat duduk percuma, tempah sekarang untuk terbang selepas Hari Raya 2023

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:22 pm
  • 07/11/2022
  • Komen
AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia umumkan ‘Jualan Mega’ dengan menawarkan 7 juta tempat duduk percuma bagi meraikan 700 juta penumpang yang telah diterbangkan dan juga sempena ulang tahun 21 tahun mereka. Melaluinya, anda boleh rebut tempat duduk ke pelbagai destinasi termasuklah di lokasi tempatan dan juga negara ASEAN seperti Vietnam, Singapura dan Thailand.

Untuk dapatkan tiket, anda cuma perlu bayar cukai dan caj kawal selia sahaja dengan jumlah serendah RM23 sahaja. Jualan ini bermula dari sekarang sehingga 13 November 2022. Tempoh penerbangan pula adalah dari 1 Mei 2023 hingga 30 Mac 2024.



Terbang lebih jauh serendah RM429

Selain itu, dengan tarikh tempahan dan penerbangan yang sama juga, AirAsia ada sediakan jualan murah untuk anda yang ingin terbang lebih jauh dengan menaiki AirAsia X. Dengan hanya serendah RM429 sehala, anda boleh terbang ke Perth, Tokyo, Taipei, Jeddah dan banyak lokasi lain lagi. Dalam promosi ini, turut disertakan tempat duduk katil rata premium dengan harga serendah RM1,399.

Untuk lakukan tempahan bagi promosi ini, anda hanya perlu buka aplikasi AirAsia, klik ‘Flights’ di tab Home, kemudian isi lokasi beserta tarikh yang anda ingin kunjungi.



Untuk promosi tempat duduk percuma, saya ada cuba cari beberapa lokasi lain untuk dikunjungi seperti Jakarta, Hanoi dan Siem Reap. Malangnya, saya tak jumpa tiket penerbangan percuma untuk tempoh penerbangan yang dinyatakan. Mungkin kuota percuma untuk ke lokasi tersebut sudah habis. Tapi, anda tetap boleh cuba cari lokasi lain untuk rebut promosi ini.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi

AirAsia tawar 7 juta tempat duduk percuma, tempah sekarang untuk terbang selepas Hari Raya 2023

7 November 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER