• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Oppo A57 dan Oppo A77s diturunkan sehingga RM100 lebih murah

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 01/12/2022
  • Komen
Harga Oppo A57 dan Oppo A77s diturunkan sehingga RM100 lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan terakhir untuk tahun 2022 sudah menjelma. Oppo Malaysia membuka tirai Disember dengan mengumumkan penurunan harga kekal untuk dua telefon pintar kelas pertengahan mereka, Oppo A57 dan Oppo A77s.

Harga rasmi baru untuk kedua-dua telefon ini bermula 1 Disember 2022 adalah seperti berikut:



  • Oppo A57 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM799 RM729
  • Oppo A77s (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999 RM899

Orang ramai boleh mendapatkan telefon ini dengan harga baru di semua Stor Jenama Oppo, Stor Online Oppo, pengedar sah Oppo dan rakan dagang, serta di atas talian di Lazada dan Shopee.

Oppo A57 pertama kali diperkenal di Malaysia pada bulan Jun 2022. Ia diperkasa cip Helio G35, RAM LPDDR4x dan storan eMMC 5.1. Skrinnya LCD 6.56-inci, degnan resolusi HD 720p. Bateri pula 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W melalui USB-C.



Takuk kecil di atas skrin menempatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Di belakang pula, ia memiliki dua kamera iaitu kamera utama 13MP F2.2 dan kamera mono 2MP F2.4.

Bagi Oppo A77s, ia dilancar di Malaysia pada bulan Oktober 2022 dan menggunakan cip Snapdragon 680, RAM LPDDR4X dan storan UFS 2.2 untuk prestasi lebih tinggi. Skrin masih LCD 6.56-inci dan HD, tetapi kadar penyegarannya 90Hz.

Bateri 5,000mAh di dalamnya menerima kuasa mengecas SuperVOOC 33W melalui USB-C. Kamera di belakanya menggabungkan kamera utama 50MP F1.8 dan kamera momo 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 8MP F2.0, tesemat di dalam lubang di dahi skrin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A57 dan Oppo A77s.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo A77s datang bersama hadiah sangat menarik untuk wanita
  • Oppo A57, peranti berkuasa Helio G35 dengan rekaan baru
Tags: oppoOppo A57Oppo A77s
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Harga Oppo A57 dan Oppo A77s diturunkan sehingga RM100 lebih murah

Harga Oppo A57 dan Oppo A77s diturunkan sehingga RM100 lebih murah

1 December 2022
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER