• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Note9 akan tiba di Malaysia seawal minggu depan

  • OLEH Najib
  • 6:12 pm
  • 08/08/2018
  • Komen
Samsung Galaxy Note9 akan tiba di Malaysia seawal minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran Samsung Galaxy Note9 peringkat antarabangsa akan diadakan esok, 9 Ogos 2018 di kota New York, Amerika Syarikat. Tetapi kami baru menerima khabar, yang ia akan dilancarkan di Malaysia secepat mungkin, dalam masa seminggu selepas pelancaran di New York.

Samsung Malaysia telah menghantar maklumat kepada pihak media untuk menyimpan tarikh 15 Ogos 2018 dan menyatakan, telefon pintar yang amat berkuasa akan tiba tidak lama lagi. Jemputan tersebut menggunakan latar biru dan perkataan berwarna kuning. Sudah pasti, ia merujuk kepada ketibaan Galaxy Note9.



Malaysia sering tergolong dalam gelombang awal jualan telefon pintar Samsung. Jadi berita ini tidak berapa menghairankan sangat. Apa yang penting adalah untuk mengetahui tawaran yang diberikan untuk pembeli awal Galaxy Note9.

Tahun lepas, Samsung Malaysia menyediakan hadiah percuma untuk tempahan awal Galaxy Note8 berupa rebat tunai RM321, pelan perlindungan Samsung Protection Plus dan juga powerbank 5,100mAh. Kesemuanya bernilai RM888.



Selepas itu, Samsung membuka jerayawara untuk jualan hari pertama dan memberi hadiah percuma dalam bentuk Samsung Gear VR dan pelan perlindungan skrin. Galaxy Note8 dijual di Malaysia pada harga RM3,999 termasuk cukai GST sebanyak 6%.

Apakah tawaran yang anda harapkan untuk Galaxy Note9 nanti? Satu perkara yang belum pasti, adakah telefon pintar akan turut dikenakan cukai SST yang akan dimulakan pada 1 September nanti? Jika ya, memang sangat patut untuk anda membuat tempahan awal Galaxy Note9.

Moar high-res pics (scroll to the bottom of the article) and all final specs added for the Samsung Galaxy Note9: https://t.co/RKNxYCAXyq #SamsungUnpacked #Unpacked2018 pic.twitter.com/niwCkA3c7d

— Roland Quandt (@rquandt) August 8, 2018

Masih tidak banyak maklumat sahih tentang Galaxy Note9. Beberapa info yang tersebar adalah seperti empat warna disediakan iaitu Midnight Black, Metallic Copper, Ocean Blue dan Lilac Purple.

Sementara tunggu pelancaran esok, kita tonton dulu video petunjuk Galaxy Note9 yang dikongsi oleh Samsung ini dulu.

https://youtu.be/KhWdGreAuAk

Tags: Galaxy Note9Galaxy Note9 MalaysiasamsungSamsung Galaxy Note9samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Samsung Galaxy Note9 akan tiba di Malaysia seawal minggu depan

Samsung Galaxy Note9 akan tiba di Malaysia seawal minggu depan

8 August 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER