Syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAairline telah membuka tiga laluan baharu untuk anda terbang. Laluan yang telah mereka buka adalah dari Kuala Lumpur ke:
- Kota Bharu
- Pulau Pinang
- Sibu
Laluan baharu ini menyertai laluan sedia ada ke Langkawi, Kuching, dan Kota Kinabalu yang diumumkan baru-baru ini. Sebagai salah satu promo pengenalan, MYAirline menawarkan tiket pada harga serendah RM49 untuk ke Pulau Pinang dan Kota Bharu dan serendah RM89 untuk ke Sibu.
Disebabkan ini adalah penerbangan tambah murah, perlu diingatkan yang harga tiket yang anda bayar tidak termasuk makanan, daftar masuk bagasi, dan lain-lain add-on. Promo ini berjalan sehingga 11 Disember 2022 selagi tiket masih ada.
Tarikh penerbangan yang ditawarkan adalah antara 10 Disember 2022 hingga 25 Mac 2022 untuk laluan Kota Bharu, 23 Disember 2022 hingga 25 Mac 2023 untuk laluan Pulau Pinang, dan 18 Januari hingga 25 Mac 2023 untuk laluan Sibu.
Buat masa ini, kami masih boleh temukan tiket RM89 untuk ke Sibu. Bila ditambah dengan makanan dan kuota bagasi, tiket menjadi RM272 sehala. Untuk perayaan Tahun Baru Cina, tiket pergi balik Sibu adalah pada sekitar RM500 hingga RM600.
MYAirlines menggunakan pesawat Airbus A320-200 yang di dalamnya ada 180 tempat duduk. Apa yang menarik adalah memperlengkap pesawat dengan kerusi yang tidak boleh diturunkan bagi mengurangkan berat dan memberikan ruang kaki lebih luas pada penumpang.