• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

4 ciri papan kekunci mekanikal OnePlus x Keychron yang sedang dibangunkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:18 am
  • 06/12/2022
  • Komen
4 ciri papan kekunci mekanikal OnePlus x Keychron yang sedang dibangunkan
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama OnePlus hari ini mengumumkan yang mereka menerokai kategori produk baharu iaitu papan kekunci, untuk lebih khusus, papan kekunci jenis mekanikal. Sebenarnya sejak awal November dulu jenama itu telah memberi bayangan tentang rancangan mereka untuk menghasilkan papan kekunci.

Dalam laman komuniti OnePlus, salah seorang pentadbirnya mengutuskan kandungan berbentuk tinjuan, mungkin untuk mengukur penerimaan peminat OnePlus sekiranya jenama itu hadir dengan papan kekunci sendiri. Kemudian pada minggu akhir November, pengendali laman sekali lagi mengutuskan kandungan bekaitan papan kekunci, kali ini seperti ingin meyakinkan yang ada banyak potensi boleh diterokai dalam penghasilkan papan kekunci.



Walaupun tidak menggariskan apakah jenis papan kekunci yang bakal mereka lancarkan, mereka berkongsikan 4 ciri yang akan digendong produk ini seperti:

  1. memastikan ruang kerja yang kemas
  2. tahap ergonomik yang tinggi melalaui rekaan low-profile
  3. penawaran pelbagai jenis suis kekunci
  4. pastinya mampu milik

Daripada info-info tersebut, mungkin kita boleh spekulasikan yang papan kekunci ini ada ciri wayarles bagi memastikan ruang kerja bebas kabel.



Bagi merealisasikan idea ini, OnePlus kini sedang mengembleng tenaga bersama Keychron dalam penghasilkan papan kekunci. Tidaklah diketahui sama ada ia akan dilancarkan pada 15 Disember 2022 ini, tapi OnePlus ada mengatakan yang nantikan satu pengumuman daripada mereka pada tarikh tersebut.

Sumber: OnePlus

Tags: keychronOnePluspapan kekunci
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
4 ciri papan kekunci mekanikal OnePlus x Keychron yang sedang dibangunkan

4 ciri papan kekunci mekanikal OnePlus x Keychron yang sedang dibangunkan

6 December 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN