• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mediatek 8200 dilancar dengan teras berkuasa tinggi 3.1Ghz

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:48 pm
  • 09/12/2022
  • Komen
Mediatek 8200 dilancar dengan teras berkuasa tinggi 3.1Ghz
Share on FacebookShare on Twitter

Mediatek telah memperkenalkan SoC baharu untuk telefon kelas pertengahan. Cip yang mendukung nama Mediatek Dimensity 8200 ini berada dalam kategori 4nm dan dihasilkan oleh TSMC.

Perubahan paling ketara cip ini berbanding cip generasi terdahulu, Dimensity 8100, adalah pada pengguna tiga kluster teras berbanding dua. Teras paling berkuasa terdiri daripada Cortex-A78 dengan kelajuan 3.1Ghz. Kluster pertengahan juga disertai Cortex-A78 tapi clockspeed diturunkan kepada 3.0Ghz sebagai menjimatkan tenaga dan kluaster terakhir adalah 4 teras Cortex-A55 2.0Ghz untuk penjimatan tenaga paling optimum.



Lain-lain spesifikasi kelihatan sama seperti sokongan RAM LPDDR5 dan kehadiran GPU-G610 MC6 sama seperti generasi sebelumnya. Pada sudut keterambungan, Dimensity 8200 menyokong rangkaian 5G beserta Wi-Fi 6E.

Xiaomi 12T menggunakan Mediatek 8100-Ultra

Setakat ini, telefon yang menggunakan SoC ini dilaporkan telah dilancarkan di China iaitu Iqoo Neo7 SE yang diumumkan di China.



Berkemungkinan SoC ini juga akan dimasukkan dalam program Dimensity 5G Operan Resource Architecture (DORA). Ia membolehkan pengeluar telefon melakukan penyelarasan lebih halus ke atas SoC yang bakal memperkasa produk mereka.

Oppo Reno 8 menggunakan Dimensity 8100-MAX

Contoh yang boleh anda temui dalam pasaran sekarang adalah Mediatek Dimensity 8100-Ultra dan Dimensity 8100-MAX. Kedua-duanya adalah SoC yang sama kecuali varian Ultra ditempah khas oleh Xiaomi manakala MAX oleh Oppo.

Sumber: Mediatek

Tags: mediatekmediatek dimensity 8200
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mediatek 8200 dilancar dengan teras berkuasa tinggi 3.1Ghz

Mediatek 8200 dilancar dengan teras berkuasa tinggi 3.1Ghz

9 December 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN