• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch n Go NFC kini dijual dalam bentuk rantai kunci, cepat dapatkannya

  • OLEH Najib
  • 1:47 pm
  • 12/12/2022
  • Komen
Touch n Go NFC kini dijual dalam bentuk rantai kunci, cepat dapatkannya
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung tahun ini, salah satu perayaan yang akan diraikan adalah Hari Natal atau Krismas. Nampaknya, Touch n Go akan melancarkan kad Touch n Go NFC edisi krismas, tetapi bukan dalam bentuk kad. Sebaliknya menjadi rantai kunci dalam rupa orang roti halia, dikenali sebagai Touch n Go Charm Christmas Edition.

Touch n Go telah memuat naik utusan di Facebook rasmi mereka tentang perkara ini. Malah, tempahan awal telah mula dibuka sekarang. Penghantaran pula akan dibuat mulai 20 Disember 2022, jadi sempat untuk menerima sebelum hari krismas iaitu 25 Disember 2022.



Tempahan awal edisi krismas ini hanya terdapat di Stor Rasmi Touch n Go di Lazada sahaja. Bagaimanapun, semakan kami di stor tersebut mendapati, ia telah kehabisan stok. Jika serupa dengan penjualan kad TNG NFC sebelum ini, mungkin ia akan ditambah sedikit demi sedikit dalam beberapa hari.

Selain itu, harga Touch n Go Charm ini lebih mahal daripada kad Touch n Go lain. Ia dijual pada harga RM30, lebih mahal RM20 daripada kad TNG NFC. Mungkin kerana ia edisi khas dan dalam bentuk lain daripada biasa.



Dari maklumat yang dikongsikan, Touch n Go Charm ini memiliki fungsi yang serupa dengan kad Touch n Go Enhanced. Bermakna, ia boleh ditambah nilai dengan mudah dari telefon pintar yang memiliki fungsi NFC. Malah, dengan saiz yang kecil, ia boleh disangkut atau disimpan di mana sahaja termasuk beg galas atau tali lanyard.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Touch n Go Charm. Baca juga soalan lazim di sini.

Adakah anda sudah memiliki kad TNG NFC? Jika tidak, mahukah anda memiliki Touch n Go Charm dalam bentuk bukan kad? Semoga ia dapat memenuhi permintaan ramai pengguna dan tidak dijual semula jauh lebih mahal oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

[Sumber: Touch n Go]

Bacaan Berkaitan

  • Honor 70 x Touch n Go NFC Edisi terhad, dapat 5 hadiah percuma pada harga yang sama
  • Honor Malaysia ada cara untuk pengguna dapatkan kad Touch n Go NFC dengan mudah
  • KPDNHEP siasat harga tak masuk akal TNG NFC, puncanya daripada pekerja stesen minyak sendiri
  • Berbanding beli kad TNG NFC daripada scalper, lebih baik dapatkan daripada United Voice
Tags: Touch n GoTouch n Go CharmTouch n Go NFC
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Touch n Go NFC kini dijual dalam bentuk rantai kunci, cepat dapatkannya

Touch n Go NFC kini dijual dalam bentuk rantai kunci, cepat dapatkannya

12 December 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER