• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siasatan Maybank sahkan tiada kebocoran data pelanggan berlaku

  • OLEH Najib
  • 4:00 pm
  • 02/01/2023
  • Komen
Siasatan Maybank sahkan tiada kebocoran data pelanggan berlaku
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank tampil menjelaskan bahawa tuduhan yang mengatakan berlakunya kebocoran data pengguna mereka, sebenarnya adalah tidak benar. Selepas membuat siasatan bersama pihak ketiga, Maybank mengesahkan bahawa kebocoran data yang diwar-warkan itu adalah palsu.

Dalam kenyataan tersebut, mereka menyatakan bahawa Maybank akan terus memberi keutamaan kepada keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan datanya kerana perlindungan data pelanggan amat penting kepada bank. Maybank menjamin kepada pelanggan bahawa data mereka kekal selamat dan tiada sebarang data pelanggan yang terdedah.



Beradasarkan data yang dikatakan didedahkan oleh penjual di forum atas talian, pangkalan data yang dikatakan milik ‘Maybank’ mengandungi 1.8 juta rekod termasuk nama, 12-digit nombor yang tidak ditanda, nombor telefon dan alamat penuh. Tiada maklumat pembayaran atau daftar masuk seperti nama pengguna, kata laluan atau nombor kad.

Pada Jumaat lepas, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengeluarkan kenyataan bahawa pangkalan data yang dikatakan terdedah itu mengandungi nombor akaun Maybank yang tidak sah. Bermakna, sesiapa yang memiliki maklumat tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa dengan nombor 12-digit itu.



KKD sedang menyiasat perkara tersebut bersama Jabatan Perlindungan Data Peribadi, dan disokong oleh CyberSecurity Malaysia. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diarahkan untuk menyekat laman web yang menawarkan maklumat tersebut.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Astro nafi maklumat pelanggan terdedah di forum atas talian
  • 250,248 data pelanggan Unifi Mobile terdedah, pengguna diminta terus berjaga-jaga
  • Fahmi Fadzil mahu SKMM dan KKD kaji mekanisma terbaik atasi iklan scam di media sosial
Tags: Cybersecurity MalaysiakkdMaybank
Najib

Najib

POPULAR

Siasatan Maybank sahkan tiada kebocoran data pelanggan berlaku

Siasatan Maybank sahkan tiada kebocoran data pelanggan berlaku

2 January 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN