Ada banyak kemaskini menarik Twitter bawakan sebelum ini, antaranya ialah kebolehan menggabungkan gambar, video dan GIF dalam satu tweet, hidupkan sarikata dalam video, nyah-mention diri daripada sesebuah Tweet dan banyak lagi.
Untuk tahun ini pula, melalui satu tweet Elon Musk ada kongsikan 4 perubahan yang akan tiba pada Twitter. Pertama, akan dilancarkan minggu ini, anda boleh swipe ke kanan atau kiri dengan mudah untuk tukar antara tweet yang disyorkan atau tweet dari pengguna yang anda ikuti. Kemudian, antara muka pengguna (UI) akan diubah suai. Ciri itu diikuti dengan kedatangan butang bookmark pada butiran Tweet dan seterusnya perkara paling mengejutkan ialah, tweet panjang akan tiba pada bulan Februari.
Easy swipe right/left to move between recommended vs followed tweets rolls out later this week.
— Elon Musk (@elonmusk) January 8, 2023
First part of a much larger UI overhaul.
Bookmark button (de facto silent like) on Tweet details rolls out a week later.
Long form tweets early Feb.
Setakat ini, pengguna dibenarkan untuk tulis sebanyak 280 aksara sahaja dalam satu tweet. Namun, menerusi satu perbualan Elon Musk di Twitter, nampaknya tweet akan dibenarkan panjang sehingga 4000 aksara. Tapi jangan risau, ia tidak akan memenuhi timeline, kerana akan ada ciri seperti read more disediakan. Jadi anda boleh klik untuk baca lebih lagi pada tweet yang panjang itu.
Dalam bebenang yang sama, Elon juga menyatakan akan ada penambahan ciri format seperti bold, underline dan saiz font. Objektifnya adalah untuk membolehkan orang ramai kongsikan penulisan panjang di Twitter tanpa perlu menggunakan laman web lain.
Yes, these will get the same Timeline screen space as other tweets, but you will be able to click for more
— Elon Musk (@elonmusk) January 9, 2023
Nampaknya akan ada banyak perubahan di Twitter dalam masa singkat. Bagi anda, had tweet sehingga 4000 aksara adalah idea yang bagus atau tidak?
Bagi saya, kebaikan kemaskini ini ialah pengguna boleh tulis tweet yang panjang sekaligus tanpa jadikannya bebenang. Jadi, jimatlah masa di situ. Tapi, jika dibayangkan hasilnya nanti, ia akan kelihatan seperti Facebook pula, penuh dengan perkataan. Bila membaca penulisan yang panjang, saya akan rasa lebih mudah hilang perhatian dan cepat bosan. Sebaiknya, Twitter kekalkan sahaja ruang tweet itu untuk penulisan yang ringkas, jadi orang boleh baca dan faham dengan cepat sebelum scroll tweet lain pula.
[Sumber: Elon Musk]