• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Powerbank meletup dalam pesawat, penumpang tergendala diberi pampasan hotel dan makanan

  • OLEH Najib
  • 1:33 pm
  • 12/01/2023
  • Komen
Powerbank meletup dalam pesawat, penumpang tergendala diberi pampasan hotel dan makanan
Share on FacebookShare on Twitter

Antara sebab powerbank dan bateri tidak dibenarkan didaftar masuk ke dalam ruang penyimpanan pesawat adalah kerana ia mudah terbakar dan meletup. Jika dibawa bersama ke tempat duduk, mudah untuk dilihat kalau berlaku sebarang masalah.

Situasi mencemaskan ini telah terjadi kepada penumpang di pesawat Scoot pada 10 Januari 2023. Pesawat ini yang dijadualkan berlepas dari Taiwan ke Singapura, telah membatalkan penerbangan ketika ia sudah berada di landasan berlepas gara-gara insiden powerbank meletup.



Dalam satu video yang tular, kelihatan api menyala di kerusi pesawat dan pramugari cuba menenangkan penumpang. Selepas itu, pramugari tersebut membawa alat pemadam api dan menyemburnya untuk memadamkan api tersebut.

Salah seorang penumpang pesawat tersebut, Angie Ton, 28, yang dalam perjalanan ke Malaysia menerusi Singapura, telah berkongsi pengalamannya kepada CNA. Katanya, pesawat yang dinaikinya sudah bergerak ke arah landasan untuk berlepas tetapi pulang semula ke pintu perlepasan akibat powerbank yang meletup.



Angie duduk di baris ke-13, mendengar jeritan “Tolong, Api” dari belakangnya. Perkara tersebut diuruskan oleh pramugari pesawat dan berjaya dipadamakan dalam masa 3 minit. Pemilik powerbank tersebut dan rakannya menerima bantuan perubatan kerana melecur di tangan.

Scoot beri pampasan kepada penumpang

Pesawat Scoot jenis Airbus 320 Neo

Sejam kemudian, juruterbang memaklumkan bahawa pesawat akan terus berlepas seperti dirancang kerana tidak ada masalah pada pesawat, tetapi memberi pilihan kepada penumpang jika ada yang tidak mahu meneruskan perjalanan. Bagaimanapun selepas menunggu beberapa jam lagi, juruterbang memaklumkan bahawa pihak berkuasa Taiwan tidak membenarkan mereka berlepas. Bermakna, semua penumpang terpaksa keluar daripada pesawat.

Sehubungan itu, Angie menyatakan bahawa Scoot menawarkan pemulangan wang sepenuhnya kepada penumpang. Jika ada yang mahu menaiki pesawat pada keesokan hari, Scoot menawarkan tempat tinggal di hotel bersama sarapan dan makan tengahari, serta pengangkutan ke lapangan terbang. Atau, penumpang boleh menerima SGD100 (RM328) jika ada tempat tinggal sendiri di Taiwan.

Dalam keadaan ini, kita dapat melihat bagaimana Scoot dan kakitangannya bertindak profesional menguruskan situasi di luar jangka. Letupan yang berlaku di dalam pesawat diuruskan dengan tenang dan juruterbang memberi pilihan kepada penumpang. Pampasan sewajarnya juga diberikan kepada penumpang akibat masalah yang dihadapi.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan supaya membeli powerbank yang berkualiti dan asli. Powerbank dan bateri adalah peralatan yang mudah terbakar, jadi jangan ambil mudah tentangnya. Ini termasuk kabel dan kepala pengecas. Elakkan juga menggunakan powerbank atau bateri yang sudah kembung.

[Sumber: CNA 1, CNA 2]

Tags: powerbankScoot
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Powerbank meletup dalam pesawat, penumpang tergendala diberi pampasan hotel dan makanan

Powerbank meletup dalam pesawat, penumpang tergendala diberi pampasan hotel dan makanan

12 January 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN